fbpx

Selalu Rasa Sakit Bahu.

Adakah Ini Simptom Bicep Tendinitis?

 

 

Bicep tendinitis adalah keradangan pada tendon bicep atas. Juga dipanggil  long head tendon bicep, struktur kuat ini menghubungkan otot lengan (bicep) ke tulang di bahu.

Sakit bahu di bahagian depan dan kelemahan adalah gejala biasa bicep tendinitis. Mereka akan berasa lega dengan rehat dan makan ubat. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon.

 

Anatomi Bicep Tendon

Otot bicep adalah di bahagian depan lengan atas anda. Ia mempunyai dua tendon yang melekat pada tulang di bahu. Long head melekat pada bahagian atas soket bahu (glenoid).

Manakala short head tendon bicep melekat pada benjolan di bilah bahu yang disebut choracoid process.

 

TENDON Bicep yang melekat pada tulang di bahu

Bicep Tendinitis

 

NORMAL Anatomi Bahu

 

Bicep tendinitis adalah keradangan pada long head tendon bicep. Pada peringkat awal, tendon menjadi merah dan bengkak. Apabila tendinitis berkembang, sarung tendon (meliputi) akan menebal.

Tendon di peringkat akhir akan berwarna merah gelap kerana keradangan. Kadangkala, kerosakan pada tendon boleh mengakibatkan tendon koyak, dan kemudian kecacatan pada lengan (benjolan “Popeye” di lengan atas).

BICEP Tendinitis yang menjadikan ia merah dan bengkak

 

Bicep tendinitis biasanya berlaku bersama-sama dengan masalah bahu yang lain. Dalam kebanyakan kes, terdapat juga kerosakan pada tendon rotator cuff. Masalah lain yang sering disertai bicep tendinitis termasuk:

  1. Artritis sendi bahu
  2. Koyak pada glenoid labrum
  3. Ketidakstabilan bahu yang kronik (dislokasi)
  4. Gangguan pada sendi bahu

Penyebab Bicep Tendinitis

Dalam kebanyakan kes, kerosakan kepada tendon bicep adalah disebabkan oleh aktiviti normal yang dilakukan seharian. Setelah umur semakin meningkat, tendon kita akan perlahan-lahan menjadi lemah. Kemerosotan ini boleh memburukkan lagi dengan menggunakan otot bicep secara berlebihanmengulangi pergerakan bahu yang sama.

Banyak pekerjaan dan kerja rutin boleh menyebabkan kerosakan yang berlebihan. Aktiviti sukan – terutamanya yang memerlukan pergerakan overhead berulang, seperti berenang, tenis, dan besbol – juga boleh menyebabkan orang berisiko untuk bicep tendinitis.

Pergerakan overhead berulang boleh memainkan peranan dalam masalah bahu lain yang berlaku dengan bicep tendinitis. Koyak pada tisu rotator cuff, (bahu) osteoarthritis, dan ketidakstabilan bahu juga sering disebabkan oleh penggunaan yang berlebihan.

 

Gejala Bicep Tendinitis

-Sakit bahu: Kesakitan biasanya di bahagian depan bahu dan boleh menjalar ke lengan. Kesakitan biasanya akan menjadi lebih teruk dengan mengangkat, menarik sesuatu, atau pergerakan lengan melebihi kepala yang berulang.

-Bunyi “klik” di bahu apabila mengangkat lengan: Pergerakan lengan ke atas dan ke bawah mungkin menyakitkan dan akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Anda mungkin merasa bahu anda catching atau snapping apabila anda menggerakkan lengan ke atas dan ke bawah.

-Sakit apabila tekan di bahagian hadapan bahu: Tendon bicep boleh dirasai di depan lengan bahagian atas berhampiran bahu sebagai band kaku yang terletak tepat di atas otot bicep. Seseorang yang mengalami bicep tendinitis, akan rasa sakit apabila tekan pada band ini.

 

Risiko Untuk Dapat Bicep Tendinitis

Anda mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mengalami bicep tendinitis jika anda melakukan atau mempunyai mana-mana yang berikut.

–> Sukan yang melibatkan pergerakan lengan seperti besbol, gimnastik, berenang, rock climbing, atau mengangkat berat.
–> Kelemahan pada otot bicep.
–> Bersenam tetapi jarang mengambil masa untuk memanaskan otot dan tendon sebelum memulakan aktiviti berat.
–> Kecederaan sama ada pada bahu atau siku.
–> Pekrjaan buruh kasar.

 

Cara Mencegah Bicep Tendinitis

Ikuti petua ini untuk membantu mencegah bicep tendinitis.

  1. Elakkan aktiviti overhead yang berulang yang menyebabkan sakit bahu. Jika anda perlu melakukan aktiviti-aktiviti ini untuk pekerjaan atau sukan, pastikan anda mengelakkan bahu anda daripada terlebih bekerja, dan meluangkan masa untuk berehat secukupnya.
  2. Semak postur semasa bekerja. Bahu, leher, dan belakang semua berisiko untuk mendapat kecederaan apabila berada dalam postur yang salah dalam tempoh yang lama.
  3. Elakkan mengangkat atau membawa objek yang berat jauh dari badan. Apabila mengangkat barang, pastikan barang berada dekat dengan badan dan gunakan kedua-dua tangan untuk membawa objek yang berat.
  4. Melakukan senaman kekuatan pada rotator cuff secara berkala. Ahli fisioterapi akan memberikan senaman untuk menguatkan mana-mana otot yang lemah.
  5. Berbincang dengan ahli fisioterapi jika gejala-gejala anda semakin teruk walaupun berehat.

 

SENAMAN bicep tendinitis

 

“KEKAL SIHAT BERSAMA FLEX”

Ingin tahu lebih lanjut? Klik link di bawah
.
http://flexphysiotherapy5.wasap.my