fbpx

5 Punca Terjadinya Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan masalah utama bagi masyarakat Malaysia. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tidak tahu apakah punca terjadinya sakit belakang. Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (disc) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Ketahui 5 punca terjadinya sakit belakang:

1. POSTUR MENGANGKAT BARANG:

– Postur yang salah ketika mengangkat barang adalah punca yang paling banyak berlaku. Selain itu, masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

2. KECEDERAAN:

– Kecederaan pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

3. PENYAKIT:

– Terdapat banyak masalah boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah:-

  1. Scoliosis – Lengkungan pada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya telah tua.
  2. Spondylolisthesis – Salah satu tulang belakang terdorong ke bahagian hadapan.
  3. Spinal stenosis – Penyempitan pada ruas tulang belakang sehingga menimbulkan tekanan pada saraf tulang belakang.
  4. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
  5. Semasa dan selepas seseorang ibu mengandung.
  6. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.
  7. Osteoporosis – Tulang rapuh dan lemah. Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
  8. Tuberkulosis tulang belakang -Kuman tuberkulosis ini akan ‘memakan’ dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.

4. JANGKITAN & BARAH:

– Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan kuman boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae(discitis).

– Barah juga dianggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada berkemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.

5. TEKANAN DIRI(STRESS):

– Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan diri boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.

– Tekanan diri boleh memberikan kesan negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak diatasi dengan betul, ia boleh berlarutan.

– Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI