fbpx Skip to main content

Buat anda yang suka bersenam, gym ball mesti bukanlah suatu nama yang asing lagi. Manfaat program latihan menggunakan senaman gym ball mampu membantu mengecilkan perut, terutama bagi para wanita untuk perut tak hanya menjadi lebih kecil dan ramping tapi juga memiliki otot.

Malah, bukan itu sahaja, untuk ibu hamil dan baru melahirkan amat sesuai menggunakan gym ball. Gym ball bermanfaat untuk pelvic rocking dan memudahkan proses kelahiran.

Namun, kelebihan daripada gym ball tidak berhenti di situ sahaja. Ada 3 cara lain yang anda mesti tahu dari alat senaman ini !

3 Senaman Menggunakan Gym Ball

1) Back Extension

Senaman ini adalah untuk menguatkan otot belakang badan dan otot punggung. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 set sehari. Pasti keluhan lenguh-lenguh belakang sudah tidak kedengaran lagi setelah anda mengamalkannya.

2) Bridging

Senaman ini sangat bagus untuk menguatkan otot punggung. Konsepnya sama seperti senaman bridging tanpa menggunakan gym ball. Tetapi apabila menggunakan gym ball, senaman ini juga akan fokus untuk seimbangkan badan. Kemudian, ulang sebanyak 10 kali dan lakuakan 2 hingga 3 set sehari.

3) Ball Crunch

Senaman ini dinamakan bangkit tubi tetapi dengan menggunakan gym ball. Teknik mengecilkan perut menggunakan gym ball ini sebenarnya tak jauh beza dengan melakukan bangkit tubi yang normal. Namun, kerana sifat bola yang lentur, senaman menggunakan gym ball akan rasa lebih selesa. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis (otot abdomen). Ulang pergerakan ini sebanyak 10 kali. Lakukan 2 hingga 3 set sehari. Bonusnya ! Anda dapat membentuk six pack.

Kesimpulan

Antara kelebihan lain yang anda dapat dengan menggunakan gym ball ini ialah:

  • Membuang lemak paha
  • Menguatkan otot di kaki
  • Membuang lemak di perut
  • Regangan belakang

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply