Senaman Kekuatan Pergelangan Kaki:
Heel Raise
-Berdiri tegak.
-Kemudian, perlahan-lahan angkat kedua-dua tumit daripada lantai.
-Tahan posisi tersebut dalam masa 8-10 saat.
-Turun kedua-dua tumit ke lantai.
-Ulang senaman ini 10 kali.
Ankle Plantarflexion (menggunakan theraband)
-Duduk berlunjur.
-Letak theraband di hujung kaki dan pegang kedua-dua hujung theraband.
-Tarik theraband sambil tolak kaki ke bawah.
-Tahan posisi tersebut selama 10 saat.
-Ulang senaman ini sebanyak 10 kali.
Ankle Dorsiflexion (menggunakan theraband)
-Duduk berlunjur.
-Letak theraband di hujung kaki dan ikat theraband bertentangan dengan kaki.
-Gerakkan kaki ke arah anda.
-Tahan posisi tersebut selama 10 saat.
-Ulang senaman ini sebanyak 10 kali.
Boleh lihat video di bawah untuk melihat bagaimana senaman-senaman berikut dilakukan