Tahukah anda 70% daripada orang dewasa akan mengalami SAKIT BELAKANG sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Jadi, untuk entry kali ni saya nak share
3 tips untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG.
1. JANGAN DUDUK TERLALU LAMA
Bila duduk terlalu lama, postur badan akan cenderung berubah kepada postur yang salah. Ini akan menyebabkan sakit belakang boleh berulang.
Jadi saya sarankan, selepas setengah jam anda duduk, pastikan anda bangun sekejap dan lakukan sedikit regangan dan baru sambung duduk semula.
2. JANGAN MEMBONGKOK BADAN KETIKA MENGAMBIL BARANG DARI LANTAI
Kalau mengangkat barang berat sambil membongkok, anda akan bagi tekanan yang sangat tinggi pada tulang belakang dan otot di bahagian belakang. Ini merupakan punca utama sakit belakang.
Jadi untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG dan memberi tekanan kepada tulang belakang, cangkung dulu baru angkat barang.
3. JANGAN TERUS BANGUN DUDUK KETIKA BARING TERLENTANG
Sama seperti point di atas, bila bangun terus dari baring terlentang, ia akan bagi tekanan pada tulang dan otot belakang.
Oleh itu, mengiring badan ke kiri atau ke kanan terlebih dahulu barulah bangun duduk adalah cara terbaik untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.