3 Tips Untuk Elakkan Sakit Belakang
Pengenalan
Tahukah anda 70% daripada orang dewasa akan mengalami #SAKIT_BELAKANG sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Jadi, untuk entry kali ni saya nak share 3 tips untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG.
1. JANGAN DUDUK TERLALU LAMA
Bila duduk terlalu lama, postur badan akan cenderung berubah kepada postur yang salah. Ini akan menyebabkan sakit belakang boleh berulang.
Jadi saya sarankan, selepas setengah jam anda duduk, pastikan anda bangun sekejap dan lakukan sedikit regangan dan baru sambung duduk semula.
2. JANGAN MEMBONGKOK BADAN KETIKA MENGAMBIL BARANG DARI LANTAI
Kalau mengangkat barang berat sambil membongkok, anda akan bagi tekanan yang sangat tinggi pada tulang belakang dan otot di bahagian belakang. Ini merupakan punca utama sakit belakang.
Jadi untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG dan memberi tekanan kepada tulang belakang, cangkung dulu baru angkat barang.
Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini
3. JANGAN TERUS BANGUN DUDUK KETIKA BARING TERLENTANG
Sama seperti point di atas, bila bangun terus dari baring terlentang, ia akan bagi tekanan pada tulang dan otot belakang.
Oleh itu, mengiring badan ke kiri atau ke kanan terlebih dahulu barulah bangun duduk adalah cara terbaik untuk ELAKKAN SAKIT BELAKANG.
Ingin tahu lebih lanjut cara kami merawat pesakit? Klik di sini