fbpx

5 Punca Sakit Tumit Yang Paling Kerap Berlaku Tanpa Disedari

Jika diteliti, semakin meningkat usia semakin kerap sakit tumit atau sakit tapak kaki. Kadang-kadang bangun tidur nak pijak lantai terus rasa sengal dan sakit pada tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit.

Jom kami kongsikan punca sakit tumit yang terutamanya bagi wanita.

 1. Berat badan berlebihan

Punca sakit tumit bagi wanita yang paling kerap berlaku ialah berat badan berlebihan. Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan daripada BMI yang sepatutnya, tumit anda akan terpaksa menanggung beban yang berlebihan. Hal ini disebabkan salah satu daripada fungsi tapak kaki adalah untuk menampung seluruh berat badan anda semasa berdiri atau berjalan dan juga menyerap tekanan semasa anda berjalan atau melompat.

Oleh itu, berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih banyak daripada yang kebiasaannya. Malah kondisi ini akan menjadi semakin buruk jika berat anda memasuki tahap obesiti.

Jadi, sudah tiba masanya untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badan jika anda sudah merasakan symptom-simptom sakit di bahagian tumit.

 2. Selalu memakai kasut bertumit tinggi

Mungkin sesetangan orang belum tahu bahawa kasut bertumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan seorang wanita. Memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja akan menyebabkan tumit anda sakit malah ia juga akan menyebabkan anda mempunyai masalah pada tulang belakang.

Hal ini kerana postur badan anda tidak lagi berada dalam keadaan yang normal semasa anda memakai kasut bertumit tinggi. Sakit kaki semasa pemakaian kasut tumit tinggi terjadi apabila tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.

Oleh itu, jika anda kerap sakit tumit, kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. Jangan siksa diri anda semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

3. Memakai kasut rata

Jika anda beranggapan bahawa kasut tumit tinggi tidak boleh selalu dipakai dan anda menukarkan kepada kasut yang rata, sebenarnya anda SALAH ! Kasut yang bertapak rata atau dalam bahasa inggerisnya flat shoes juga boleh menjadi punca sakit tumit. Ini kerana ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada tapak kaki anda, terutamanya pada bahagian tumit.

Kalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang anda patut pakai? Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi.

4. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan

Anda perasan atau tak, kasut yang mahal biasanya sangat lembut dan selesa. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi untuk menyerap hentakan pada kaki. Fungsi ini adalah sangat penting untuk menjaga tumit kaki anda. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan merupakan punca sakit tumit.

Oleh itu, laburkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang baik agar anda tidak menderita tumit anda. Apa salahnya kalau anda keluarkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang lebih berkualiti, kan? Alah membeli menang memakai.

5. Kaki terseliuh

Selain jenis kasut, kaki terseliuh juga merupakan satu lagi punca sakit tumit yang sering berlaku. Sakit terseliuh kebiasaannya akan hilang dalam masa yang singkat, lebih kurang seminggu.

Bagi mempercepatkan proses pemulihan kaki anda yang terseliuh, anda boleh rawat dengan cara berikut:

  • Rest: Rehatkan kaki. Kurangkan berjalan. Banyakkan baring dan berehat.
  • Ice: Tuam kaki anda yang terseliuh dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitan yang dialami.
  • Compression: Mampatkan kaki anda dengan menggunakan kain bandage.
  • Elevation: Tinggikan tumit anda. Rehatkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau duduk melebihi paras jantung.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI