fbpx Skip to main content

Ini mungkin di alami secara tak lansung melalui aktiviti harian anda yang mungkin menyebabkan sakit belakang tanpa anda sedari. Jika anda biarkan mungkin anda akan alami masalah sakit lebih kritikal seperi ‘slip disc’, masalah tulang dan sebagainya.

Sebenarnya ada banyak punca-punca penyebab sakit belekang. Tapi kali ini, kami hanya kongsikan 5 PUNCA utama dan mungkin yang paling popular yang menyebabkan sakit belakang.

Punca-punca  sakit belakang yang kami kongsikan ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua orang.

Mungkin setiap orang akan berbeza-beza kesannya tapi paling penting ia berguna untuk kita semua dalam usaha untuk meneglakkan masalah sakit belakang.

PUNCA SAKIT BELAKANG:

POSTUR BADAN SALAH

Postur badan yang salah adalah salah satu punca utama masalah sakit belakang. Kesakitan ini biasanya boleh berlaku bersama-sama dengan sakit leher atau sakit bahu. Postur yang salah menyebabkan ada nya tekanan pada otot2 dan “soft tissues”.

Hal ini membawa kepada meningkatnya ketegangan dalam otot dimana kebanyakannya akan menyebabkan kesakitan.

Cara kita kita berdiri dan berjalan dengan posture badan yang salah akan membeban satu-satu bahagian badan yang akan menyebabkan sakit pada bahagian belakang badan.

FAKTOR PEKERJAAN

Pekerjaan yang melibatkan mengangkat, menolak, menarik atau memusingkan badan boleh menyebabkan kecederaan belakang

Jika beban terlalu berat sehingga tidak tertampung oleh keupayaan atau anda di dalam postur badan yang tidak betul.

Perkara-perkara tersebut boleh memberi kesan kepada bahagian belakang dan pinggang.

sakit belakang dan tekanan kerja

TEKANAN KERJA PUN BOLEH SAKIT BELAKANG?

Kerja yang memberi tekanan minda akan cenderung untuk menimbulkan stress. Jika stress berlaku terlalu kerap atau berpanjangan, ia boleh memberi masalah terhadap kesihatan anda.

Salah satu nya, ini boleh membawa kepada masalah otot (muscle tension). Bahagian belakang mengandungi pelbagai otot yang berkemungkinan mengalami masalah (muscle tension) ini.

Keadaan ini boleh meningkatkan kesakitan dan membawa kepada sakit belakang sama ada ringan atau teruk di bahagian belakang dan pinggang.

GAYA HIDUP & SAKIT BELAKANG

Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak aktif akan cenderung kepada meningkatnya “stiffness” sendi dan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dimana dapat menyebabkan atau memburukkan lagi masalah sakit. 

Gaya hidup yang tidak aktif membuat anda terlepas daripada faedah-faedah aktiviti fizikal harian dimana ia membantu untuk memelihara cakera tulang belakang (disc), tisu2 badan dan ligamen.

sakit belakang

ANGKAT BARANG DENGAN CARA SALAH

Ketika bekerja atau di rumah, seseorang kadang-kadang terlupa cara mengangkat barang dengan betul. Ia boleh mencederakan belakang anda jika barang tersebut berat. Maka, pastikan anda mengikut cara mengangkat barang yang betul.

Cara mengangkat barang yang betul elak sakit belakang :

  • Berdiri sedekat mungkin dengan barang yang hendak diangkat
  • Jarakkan sedikit antara kedua belah kaki
  • Turunkan badan dan rapatkan badan dengan barang
  • Kaki dalam keadaan teguh dan selesa dan dalam kedudukan 90 darjah
  • Pastikan mendapat pegangan yang stabil pada barang
  • Tulang belakang badan hampir menegak dalam posisi mendada
  • Angkat barang ke paras abdomen dan angkat perlahan-lahan
  • Gunakan kekuatan kedua belah kaki untuk mengangkat ke atas

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply