fbpx

Gambar 1 : 5 Cara Atasi Stress Ketika Work From Home

Rasa tertekan bekerja dari rumah? Tak dapat nak fokus bila bekerja dari rumah?

Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk hilangkan stress dan kembalikan semula semangat untuk teruskan kehidupan kita walau dalam keadaan yang susah.

Anda hanya perlu kuasai cara pengurusan stress terhadap cara pemikiran, gaya hidup, emosi dan daya menyelesaikan masalah.

Jika anda mempunyai tekanan yang melampau, ia boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda yang akan menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

5 Cara Mengatasi Stress

Berikut adalah lima cara mengatasi stress secara sihat, yang telah dibuktikan oleh kajian psikologi bahawa ia mampu mengurangkan tekanan sama ada jangka masa pendek atau panjang.

1 . Elakkan Diri Dari Punca Stress

Gambar 2 : Elakkan diri dari punca stress.

Antara cara mengelakkan diri dari punca stres adalah dengan anda luangkan masa untuk diri anda sendiri. Misalnya, belanja diri anda sendiri makan makanan kegemaran anda.

Dengan cara ini boleh buatkan diri anda dapat tenangkan diri dan kurangkan rasa lemas dengan masalah anda.

2. Bersenam

Gambar 3 : Bersenam

Bersenam terbukti dapat mengurangkan stress. Terdapat kajian menunjukkan senaman boleh menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu.

Dalam satu kajian,penyelidikan mendapati bahawa individu bersenam secara teratur adalah 25% kurang berisiko untuk mengalami kemurungan atau gangguan mental dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan senaman semasa dalam tempoh stress boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

3. Sentiasa Senyum

Gambar 4 : Sentiasa Senyum

Senyum dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diagfragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Selain dapat menghilangkan stress, senyum juga mampu melambatkan proses kedutan di wajah serta menormalkan tekanan darah.

4. Dapatkan Sokongan Sosial

Gambar 5 : Dapatkan Sokongan Sosial

Ceritakan dan luahkan masalah serta tekanan yang menyelubungi anda kepada rakan mahupun keluarga tersayang anda.

Ia dapat meredakan kebuntuan malah dapat keluar dari masalah atau tekanan tersebut. Hati anda akan lebih tenang jika masalah yang dihadapi dikongsi  bersama orang lain.

5. Bertafakur

Gambar 6 : Bertafakur

Bertafakur dapat memperkembangkan kemampuan untuk menolong diri sendiri dalam mengatasi tekanan dan emosi.Ia juga dapat membina toleransi ,ketenangan dan harmoni dalam hubungan sosial .

Kesimpulan

Menguasai cara menguruskan tekanan atau stress sangat penting untuk diri kita semua, bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi fizikal dan mental juga perlu dititik beratkan bagi menjaga kesihatan diri kita semua.

Jika anda merasakan cara mengatasi stres yang anda telah cuba lakukan tidak berkesan dan keadaan anda menjadi lebih teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI), Terengganu (KLIK DI SINI) dan Pahang (KLIK DISINI)

#tekanan #stress_work_from_home #simptom #rawatan #fisioterapi #flex_fisioterapi_kelantan #flex_fisioterapi_terengganu #flex_fisioterapi_pahang #flex_fisioterapi_kota_bharu #flex_fisioterapi_kuala_terengganu #flex_fisioterapi_kuantan #fisioterapi_kelantan #fisioterapi_terengganu #fisioterapi_pahang #fisioterapi_kota_bharu #fisioterapi_kuala_terengganu #fisioterapi_kuantan