fbpx

JANGAN AMBIL MUDAH SEBAB ORANG MUDA PUN BOLEH KENA ! ELAKKAN 5 PERKARA INI !

1. DUDUK LAMA

Memang sakit lutut kalau kita banyak berjalan.

Tetapi, sebenarnya duduk terlalu lama juga boleh melemahkan otot terutamanya otot lutut. Sesekali bangunlah dari kerusi dan berjalan. Ubah posisi setiap 30 minit

2. TERJATUH

Sakit lutut menyebabkan cara anda berjalan tidak berapa stabil, dan secara tidak langsung berisiko tinggi untuk jatuh. Jadi, untuk mengelakkan jatuh, pegang pada pemegang tangga dengan kuat jika naik dan turun tangga.

3. SENAMAN BERIMPAK TINGGI

Bersenam memang digalakkan tapi jangan lakukan senaman seperti melompat, berlari dan mencangkung kerana ia menambah lagi tekanan pada lutut dan menyebabkan kesakitan pada lutut semakin bertambah. Hal ini kerana otot-otot lutut memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban.

Digalakkan untu melakukan senaman yang mudah dan perlahan.

senaman berimpak tinggi

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

4. PAKAI KASUT YANG TIDAK SESUAI

Elak memakai kasut yang boleh memberi tekanan pada kaki. Maka, janganlah memilih kasut yang cantik dari luaran saja tanpa memberi perhatian kepada bahagian tapaknya.

Jika masih tidak selesa, letak cushion insoles dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada lutut sewaktu berjalan. Aksesori ini boleh dibeli di kedai kasut atau farmasi.

5. MENCANGKUNG DALAM TEMPOH LAMA

Mencangkung terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan pada tisu otot. Jadi, lakukan kerja dengan selesa secara duduk di atas bangku yang rendah.

Cegah masalah sakit lutut sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang lama. Memang tak boleh nak pergi mana-mana kalau sudah sakit lutut kerana ia menghadkan pergerakan. Jalan pun tidak selesa dan tidak stabil kerana menahan sakit. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda dengan sebaik mungkin.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini