Sedang menghadapi masalah sakit urat?
Jika anda sedang menghadapi masalah ini, anda perlu tahu kesakitan yang berlarutan akan menghalangi anda untuk melakukan aktiviti harian dan bergerak dengan lancar.
Kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan fizikal, tetapi ia juga memberi impak pada emosi.
Sekiranya anda tertanya-tanya, apakah punca ia berlaku serta cara-cara yang boleh dilakukan untuk menanganinya, teruskan membaca artikel ini!
Punca Sakit Urat
Terdapat beberapa kemungkinan anda mengalami sakit urat, antaranya adalah;
-
Kesan trauma
Seterusnya, masalah sakit urat juga boleh berpunca daripada trauma akibat kecederaan sukan atau hentakan kuat pada badan.
Bukan itu sahaja, penggunaan tongkat atau pergerakan berulang untuk masa yang lama seperti menaip juga akan memberikan tekanan pada saraf.
Keadaan-keadaan ini akan menyebabkan kerosakan pada urat saraf dan mengakibatkan kesakitan.
-
Kekurangan vitamin
Pastikan anda mengambil vitamin yang cukup untuk kesihatan badan. Hal ini kerana kekurangan vitamin merupakan salah satu punca berlakunya masalah sakit urat.
Ini kerana, Vitamin E dan B terutamanya vitamin B-1, B-6 dan B-12, adalah sangat penting untuk kesihatan urat saraf.
Tanpa pengambilan vitamin yang cukup, badan kurang menghasilkan sel darah merah lalu memberi kesan kepada pengaliran saraf pada tubuh badan.
-
Diabetes
Bukan itu sahaja, anda perlu mengawal kadar pengambilan gula kerana kandungan gula yang tinggi dalam tubuh boleh juga berpotensi menyebabkan sakit urat saraf!
Oleh itu, tidak hairanlah ramai pengidap diabetes sering mengadu hal yang sama iaitu kesakitan urat saraf.
-
Jangkitan kuman dan virus
Antara jenis jangkitan kuman dan virus yang boleh mengakibatkan kerosakan urat saraf adalah Lyme, Epstein-Barr, hepatitis C, kusta, diphtheria dan virus immunodeficiency (HIV).
5 Cara Mengatasi Masalah Sakit Urat
-
Mengawal berat badan
Berat badan berlebihan akan memberi tekanan yang kuat pada sendi, terutama sekali pada bahagian lutut, pinggul dan kaki.
Oleh itu, sekiranya anda menghidap osteoporosis anda amat disarankan untuk menjaga pemakanan dan cuba untuk menurunkan berat badan untuk mengelakkan penyakit lain.
-
Pengambilan ubat tahan sakit
Masalah sakit urat dapat dirawat dengan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit (painkillers) dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID).
Ubat tahan sakit ini juga amat berkesan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.
Bukan itu sahaja, pengambilan ubat jenis ini juga mampu membantu untuk mengurangkan bengkak dan keradangan.
Namun, pastikan and mendapatkan rujukan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
-
Melakukan senaman secara berkala
Tambahan pula, jika anda mengalami artritis atau gejala sakit urat, cuba jadikan aktiviti fizikal di bawah sebagai rutin. Antaranya adalah:
- Mengawal berat badan
- Menjaga kelenturan sendi
- Menguatkan otot sekitar sendi
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman yang berintensiti rendah seperti berjalan kaki, berbasikal, Tai Chi, yoga atau aktiviti sukan air seperti berenang.
-
Terapi panas dan sejuk
Rawatan panas dan sejuk merupakan antara petua yang berkesan dalam menghilangkan gejala sakit urat saraf dan ia adalah sangat senang untuk dilakukan.
Terapi panas dilakukan dengan mandian atau berendam di dalam air panas pada waktu pagi sebagai ikhtiar untuk mengurangkan kekejangan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan selimut elektrik atau pad pemanasan lembab untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan urat pada waktu malam.
Di samping itu, rawatan terapi sejuk dapat melegakan sakit sendi, bengkak serta keradangan. Apa yang anda perlu buat adalah membalut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang mengalami kesakitan. Anda akan merasai kelegaan dengan segera.
Namun, harus diingatkan, untuk mengelakkan kecederaan pada kulit, jangan meletakkan ais terus pada bahagian kulit anda!
-
Melindungi sendi
Jangan terkejut sekiranya kecederaan yang berlaku pada sendi memburukkan lagi masalah sakit urat!
Sekiranya anda ingin lakukan senaman, pilih aktiviti berimpak rendah yang mempunyai kadar risiko kecederaan rendah dan tidak menyebabkan tekanan yang kuat pada sendi.
Antara aktiviti sukan yang boleh dilakukan adalah seperti:
- Berjalan kaki
- Berbasikal
- Berenang
Selain itu, anda juga harus mengambil langkah pencegahan dengan memakai alat pelindung ketika bersukan.
Ini akan mengelakkan kecederaan pada sendi. Anda juga perlu mengelakkan daripada melakukan pergerakan berulang pada sendi yang terjejas.
Praktikkan cara-cara yang dikongsikan di atas dan masalah sakit urat anda akan dapat diatasi.
Konklusi
Kesimpulannya, masalah sakit urat bukanlah suatu perkara yang patut dipandang secara enteng. Hal ini kerana masalah sakit urat boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih berisiko. Oleh itu, anda perlu lebih cakna akan kondisi tubuh badan terutamanya jika anda pernah mengalami kecederaan pada masa lalu.
Selain daripada kecederaan pada tubuh badan, anda juga perlu memastikan bahawa pemakanan anda kaya dengan kandungan vitamin. Ia bertujuan untuk memastikan agar tubuh badan anda menerima khasiat yang baik. Oleh itu, pastikan anda menjaga pemakanan dan aktiviti harian supaya anda tidak menghadapi masalah sakit urat saraf.
#fisioterapi#flex_fisioterapi_kelantan #flex_fisioterapi_terengganu #flex_fisioterapi_pahang #flex_fisioterapi_kota_bharu #flex_fisioterapi_kuala_terengganu #flex_fisioterapi_kuantan# fisioterapi_kelantan #fisioterapi_terengganu #fisioterapi_pahang #fisioterapi_kota_bharu #fisioterapi_kuala_terengganu #fisioterapi_kuantan