fbpx

5 Cara Mudah Untuk Mencegah Strok

Penyakit strok atau angin ahmar boleh dikatakan antara pembunuh no satu rakyat Malaysia. Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat adalah faktor berlakunya strok. Strok juga merupakan pembunuh yang tersembunyi. Jadi, hati-hati ya semua.

Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan cara mengurangkan berlakunya risiko strok ataupun langkah-langkah mencegah strok supaya akan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti harian dengan selalu menjaga kesihatan. Antara 5 cara mudah untuk mencegah strok adalah seperti yang telah dihuraikan di bawah.

1. Pemeriksaan Tekanan Darah Secara Rutin

Tekanan darah yang tinggi kadangkala boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan yang berlebihan. Oleh itu, dengan mengawal tekanan darah secara berkala akan mengurangkan risiko untuk mendapat stroke. Walaupun sekarang ini tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah dengan teratur.

2. Makan Makanan Yang Seimbang

Pemakanan yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan dalam membantu mengurangkan risiko penyakit strok. Hindarkan pengambilan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak seperti keju kerana ia membuatkan pembuluh darah mengeras. Makan makanan berserat lebih baik kerana ia dapat mengurangkan lemak dalam darah. Amalkan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan iaitu suku-suku separuh. Suku yang pertama karbohidrat (nasi, mi, roti atau bijirin), suku yang kedua protein (ayam, ikan, daging atau kekacang) dan separuh adalah serat (sayur atau buah).

3. Melakukan Senaman

Melakukan senaman sebagai rutin mingguan dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah serta kekal sihat dari segi mental dan fizikal. Bukan sahaja itu ia juga boleh membantu dalam proses mengawal berat badan agar tidak menjadi obesiti. Kedua-duanya amat penting untuk mencegah strok. Saranan untuk beriadah atau melakukan senaman ini adalah 2 jam/minggu supaya jantung berada dalam keadaan baik.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

4. Berhenti Merokok

Merokok merupakan penyebab utama berlakunya atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan seterusnya mempercepatkan pembekuan/penggumpalan darah. Dengan terjadinya gumpalan itu, maka akan berlakunya kesukaran untuk bernafas. Ia juga boleh menyebabkan risiko yang tinggi untuk berlakunya strok kerana jantung menjadi lemah untuk mengepam darah ke seluruh badan.

5. Mengelakkan Tekanan/Stress

Tekanan dan kemurungan dikatakan dapat menimbulkan masalah yang sama seperti tekanan darah tinggi. Jika tekanan yang dihadapi tidak diatasi dengan cara yang bijak, ianya boleh menimbulkan masalah pada masa akan datang. Ini boleh mengakibatkan meningkatnya tekanan darah dan seterusnya mendapat penyakit strok. Bagi Muslim, sangatlah disarankan untuk melakukan solat kerana solat dapat menenangkan fikiran daripada segala kekusutan.

Semoga dengan cara mudah untuk mencegah strok yang dikongsikan ini dapat memberikan info baru buat semua pembaca dan membantu menyelamatkan banyak nyawa. Semoga bermanfaat.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI