“Kasihannya tengok emak, nak berjalan pun susah sekarang. Nak solat terpaksa solat duduk. Apa agaknya yang boleh dibuat untuk hilangkan sakit lutut ya?”
Punca sakit lutut biasanya adalah faktor umur, masalah otot dan tisu, kecederaan, radang, masalah kesihatan, arthritis dan berat badan berlebihan. Ia boleh terjadi pada semua orang tidak kira lelaki atau perempuan, namun kaum hawa lebih ramai menghadapi masalah ini.
Walaupun ia biasa terjadi kepada orang tua, namun kini orang muda seawal 30-an pun sudah ada yang menderita sakit lutut. Ia akan menyukarkan anda berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan anda serta menghalang daripada melakukan kerja-kerja harian.
Jadi, apa caranya untuk kurangkan masalah ini?
JOM sama-sama lakukan 5 perkara ini untuk HILANGKAN SAKIT LUTUT:
1. SENAMAN KARDIO
Senaman kardio seperti berjalan, aerobik dan berenang boleh menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti.
Regangan/stretching dan Tai Chi juga dapat membantu dalam jangka masa panjang.
2. BALUT LUTUT
Balut lutut dengan bandage atau knee guard yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut.
3. TUAM AIS
Jika lutut anda bengkak, balut ais dengan tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit lutut.
Tuamkan selama 10 minit dan anda akan merasa hasilnya sejurus selepas itu.
4. JAGA BERAT BADAN
Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada otot lutut.
Sebaiknya, kurangkan berat badan dengan diet yang sihat serta bersenam agar lutut boleh menampung berat badan anda.
5. GUNA ALAT BANTUAN
Jika sukar berjalan, gunakan alat bantuan seperti tongkat untuk memudahkan pergerakan serta mengurangkan sakit. Contohnya seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai atau anda ingin berjalan jauh. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.