fbpx

“Kasihannya tengok emak, nak berjalan pun susah sekarang. Nak solat terpaksa solat duduk. Apa agaknya yang boleh dibuat untuk hilangkan sakit lutut ya?”

 

Punca sakit lutut biasanya adalah faktor umur, masalah otot dan tisu, kecederaan, radang, masalah kesihatan, arthritis dan berat badan berlebihan. Ia boleh terjadi pada semua orang tidak kira lelaki atau perempuan, namun kaum hawa lebih ramai menghadapi masalah ini.

Walaupun ia biasa terjadi kepada orang tua, namun kini orang muda seawal 30-an pun sudah ada yang menderita sakit lutut. Ia akan menyukarkan anda berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan anda serta menghalang daripada melakukan kerja-kerja harian.

Jadi, apa caranya untuk kurangkan sakit lutut ini?

 

JOM sama-sama lakukan 5 perkara ini untuk HILANGKAN SAKIT LUTUT:

 

1. SENAMAN KARDIO

Senaman kardio seperti berjalan, aerobik dan berenang boleh menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti.

Regangan/stretching dan Tai Chi juga dapat membantu kurangkan sakit lutut dalam jangka masa panjang.

 

2. BALUT LUTUT

Balut lutut dengan bandage atau knee guard yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut.

 

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

 

3. TUAM AIS

Jika lutut anda bengkak, balut ais dengan tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit lutut.

Tuamkan selama 10 minit dan anda akan merasa hasilnya sejurus selepas itu.

 

 

4. JAGA BERAT BADAN

Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada otot lutut.

Sebaiknya, kurangkan berat badan dengan diet yang sihat serta bersenam agar lutut boleh menampung berat badan anda.

 

5. GUNA ALAT BANTUAN

Jika sukar berjalan, gunakan alat bantuan seperti tongkat untuk memudahkan pergerakan serta mengurangkan sakit lutut. Contohnya seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai atau anda ingin berjalan jauh.

 

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini