fbpx Skip to main content

Inilah dia 5 langkah awal (P.R.I.C.E) jika berlaku kecederaan sukan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja.

Baca dengan teliti setiap langkah ini (P.R.I.C.E). Sentiasa ingat dan jangan lupa amalkan ya !

Lima langkah awal yang selalu kena ingat

1. Protection (Lindungi)

‘P’ untuk ‘Protection’ bermaksud melindungi. Membalut bahagian yang tercedera daripada kecederaan yang lain.

2. Rest (Rehat)

R’Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak menggerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

 3. Ice (Ais)

I’Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Dalam pada masa yang sama boleh mengurangkan rasa sakit. Ais boleh digunakan selama 72 jam

4. Compression (Balutan)

C’Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

 

5. Elevation (Angkat)

‘E’ untuk ‘Elevation’ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedara tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. DInasihatkan untuk membuat ampu sekerap yang mungkin sehingga bengkak surut.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply