Ramai orang tidak mengambil serius tentang masalah kaki ini. Akhirnya mulalah kaki menjadi sakit, bengkak, lenguh-lenguh sehingga menjejaskan aktiviti seharian.
Apabila kaki sakit,kita tidak lagi dapat bergerak pantas yang akhirnya menyebabkan tugasan harian sama ada di rumah atau pejabat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
PANDUAN PENJAGAAN KAKI
Terdapat 5 panduan penjagaan kaki yang betul untuk memastikan kaki dalam keadaan sihat.
1. Periksa kaki setiap hari
Periksa kaki setiap hari untuk memeriksa sama ada kaki luka, melecet, tanda merah atau bengkak tanpa kita sedar. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki atau meminta tolong dari ahli keluarga jika kita tidak dapat melihat kaki dengan jelas.
2. Basuh kaki setiap hari
Membasuh kaki dengan menggunakkan air suam tetapi elakkan menggunakan air panas. Lap kaki terutama di celah jari sehingga kering. Kaki yang lembap boleh menyebabkan ia berbau dan membuat tempat pembiakan bakteria.
3. Pakai kasut dan stoking
Elakkan berkaki ayam walaupun berada di dalam rumah. Bagi adat orang Melayu, saranan ini mungkin agak janggal tetapi ia sangat penting kepada pesakit diabetes. Pilih kasut yang selsea juga sangat penting, ia boleh melindungi kaki kita sepenuhnya.
Sebelum memakai kasut, pastikan tiada objek di dalamnya untuk elakkan kecederaan kaki.
4. Pastikan kulit kaki dalam keadaan lembut dan licin
Sapu losen atau minyak zaitun (boleh juga gunakan minyak bayi) pada bahagian atas dan bawah kaki tetapi bukan di celah jari.
Selain itu, gunakan batu pumis untuk menanggalkan kulit yang kasar, keras dan kematu. Caranya adalah rendamkan kaki dalam air suam selama 10 minit dan gosok batu pumis ini secara perlahan-lahan. Jangan gosok terlalu kuat, ia boleh terluka pada kaki.
Selepas itu, cuci kaki dengan menggunakan sabun dan bilas sampai bersih. Kemudian lap sehingga kering dan sapukan losen.
5. Sentiasa aktif
Rancang aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan mengikut keadaan kesihatan kita. Kita boleh berbincang dengan doctor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Doktor akan gembira jika pesakitnya berusaha untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamal gaya hidup sihat.
Sesekali sekala, jumpa doctor untuk memeriksa keadaan kaki.
Justeru itu,kita hendaklah mengikuti panduan-panduan di atas supaya kaki dalam keadaan sihat.
Kita janganlah ambil mudah berkenaan kesihatan kaki kerana kaki merupakan anggota badan yang penting untuk bergerak dalam kehidupan seharian. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.