fbpx

5 Simptom Trigger Finger

Trigger Finger adalah satu keadaan di mana jari tersangkut semasa dalam posisi bengkok. Pesakit akan berasa sakit dan susah untuk diluruskan.

Masalah ini boleh terjadi pada satu jari atau lebih. Biasanya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari manis.

Berikut merupakan 5 simptom yang biasa dirasai oleh pesakit: 

1. Terdapat bonjolan yang sakit pada kawasan sendi jari yang terlibat

Bonjolan ini dikenali juga sebagai nodul (nodule). Nodul ini terbentuk akibat daripada tendon yang telah lama mengalami keradangan. 

2. Rasa ketat atau bunyi ‘pop’ semasa membengkok atau meluruskan jari

Semasa anda menggerakan jari, jari anda akan berbunyi ‘pop’ disebabkan oleh nodul tersebut dan menyebabkan anda merasa sakit.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

3. Rasa sakit ketika membengkok dan meluruskan jari

Masalah trigger finger ini sering membuatkan anda merasa sakit di bahagian jari yang terlibat ataupun di bahagian tapak tangan.

4. Rasa ketat dan kaku pada jari bila tidak menggerakkan jari dalam jangka masa yang lama contohnya selepas bangun dari tidur

Apabila anda tidak menggerakkan jari anda dalam jangka masa yang lama, rasa ketat dan kaku pada jari yang terlibat akan bertambah teruk. Inilah sebabnya jari anda berasa ketat sewaktu bangun dari tidur. Lebih serius apabila berasa sukar untuk menggerakkan atau menggenggam jari terutama pada waktu pagi.

5. Jari terkunci dalam keadaan bengkok

Dalam keadaan teruk, jari anda mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Anda perlu menggunakan tangan yang lain untuk meluruskannya kembali dan disusuli dengan rasa sakit yang teruk.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI