fbpx Skip to main content

Sekiranya anda mengesyaki diri anda atau orang terdekat yang mempunyai tanda-tanda awal strok seperti berikut, adalah penting untuk segera pergi ke hospital dan dapatkan nasihat doktor.

Rawatan awal strok boleh mengurangkan kesan jangka panjang strok dan boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan strok.

5 Tanda Awal Strok

Tanda-tanda awal ini jelas kelihatan sebelum berlakunya serangan strok.

Antara tanda awal strok adalah:

1. Rasa Kebas atau Lemah Pada Sebelah Anggota Badan

Seseorang akan mengalami rasa kebas, lemah atau lumpuh pada bahagian muka sehingga menjadi sukar untuk menelan, tangan atau kaki. Hal ini kerana saraf di bahagian otak yang mengawal bahagian-bahagian badan ini telah mengalami gangguan seperti salur darah tersumbat. 

2. Penglihatan Kabur

Kebiasannya seseorang yang menghadapi strok mengalami penglihatan yang kabur pada sebelah mata atau kedua-dua bahagian mata. Otak tidak dapat memproses informasi yang dihantar oleh mata.

3. Sukar Berjalan atau Hilang Keseimbangan

Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kebas anggota badan malah pesakit juga boleh hilang koordinasi untuk mengimbangkan badan. Pesakit strok akan mengalami kesukaran untuk berdiri serta berjalan. Puncanya adalah sistem saraf yang terjejas akibat masalah yang berlaku pada otak.

4. Sakit Kepala yang Berpanjangan

Seseorang kemungkinan besar akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan terutamanya dalam kes strok berdarah (Haemorrhagic Stroke). Sakit kepala ini bukan seperti pening kepala yang biasa tetapi kesakitan yang amat sangat pada bahagian kepala.

5. Fikiran Keliru

Tanda-tanda awal seseorang mengalami strok adalah fikiran menjadi keliru. Susah untuk bertutur ataupun memahami pertuturan orang lain. 


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply