fbpx Skip to main content

Strategi utama mencegah jatuh di kalangan warga emas adalah melalui promosi gaya hidup sihat supaya mereka akan sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Selain itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan faktor-faktor risiko yang boleh mendorong mereka jatuh.

Kebanyakan kejadian jatuh di kalangan warga emas dikaitkan dengan faktor-faktor risiko yang boleh dikenal pasti dan diubah suai. Juga diketahui bahawa risiko meningkat dengan bertambahnya jumlah kumulatif faktor risiko jatuh.

Jatuh adalah salah satu daripada masalah besar yang ditakuti oleh warga tua. Kebelakangan ini, kejadian jatuh telah menjadi topik hangat yang dibincangkan sebagai salah satu isu kesihatan yang penting dalam golongan warga tua di Malaysia.

Kebanyakan pesakit warga tua dimasukkan di wad geriatrik biasanya disebabkan oleh kecederaan yang berkaitan dengan kejadian jatuh.

Statistik jatuh dalam kalangan warga emas

Statistik menunjukan peningkatan kadar kejadian jatuh berkait rapat dengan peningkatan umur :

  • Warga tua yang berumur 65 tahun ke atas akan mengalami jatuh pada kadar 28-35% setiap tahun dan kadar ini akan meningkat kepada 32-42% bagi mereka yang berumur 70 tahun ke atas.
  • Jatuh di kalangan warga tua telah menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana kos untuk merawat kecederaan akibat jatuh adalah amat tinggi dan peningkatan jumlah warga tua di Malaysia akan meningkat secara mendadak dalam tempoh 5 tahun akan datang.
  • Komplikasi akibat jatuh juga adalah punca utama kematian pada warga tua yang berumur lebih dari 75 tahun.

Amal langkah ini elak kejatuhan

Langkah-langkah mudah boleh membawa perubahan besar. Oleh itu, jom kita selusuri 5 langkah untuk mengelakkan kejatuhan dalam kalangan orang tua / warga emas.

  1. Memastikan mendapat rehat yang mencukupi. Tidak cukup rehat boleh membuatkan badan lemah dan letih.

2. Memastikan tangga bebas daripada objek yang berselerak.  Jika menggunakan  permaidani, pastikan ia kemasMemastikan semua perabut teratur dan pakaian tidak diletak di permukaan lantai.

3 . Menggunakan palang pemegang semasa menaiki tangga adalah langkah yang digalakkan. Selain itu, memasang palang pemegang di dalam tandas. Jangan gunakan penyangkut tuala untuk sokongan apabila berdiri kerana ia tidak cukup kuat untuk menampung berat badan.

4. Memastikan lampu lorong dan bilik dinyalakan dan terang bagi mengelakkan terjatuh apabila berjalan.

5. Memastikan lantai dapur bersih dan tidak berminyak. Selain itu, memastikan peralatan dapur yang selalu digunakan disimpan di rak rendah.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

 

Leave a Reply

Close Menu