fbpx Skip to main content

Inisiatif ini akan berterusan dilakukan oleh kami di Flex Physiotherapy untuk menjaga kebersihan pusat rawatan.

Diharap para pesakit tidak perlu khuatir dan risau untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab bersama untuk mencegah virus Covid19 walaupun sudah masuk ke fasa endemik.

Sebarang keterangan lanjut pesakit boleh hubungi admin untuk setiap pertanyaan.

Langkah kebersihan yang dilakukan oleh kami merangkumi pembersihan dari segi:

Gambar 2 : Mencuci kawasan yang terdedah

1-      Mencuci kawasan yang terdedah dengan sentuhan

Pembersihan yang paling utama ialah mencuci kawasan yang terdedah dengan sentuhan seperti pemegang pintu, butang loceng, kaunter, pemegang kerusi roda dan banyak lagi. Kami menggunakan pencuci yang kuat bagi menanggalkan kesan kotoran dan juga membasmi kuman yang melekat.

Kami membersih segenap ruang yang terdedah dengan sentuhan. Setiap langkah pembersih yang dilakukan dibuat dengan teliti.

Gambar 3 : Mencuci tempat duduk

2-      Mencuci tempat duduk

      Yang kedua kami mencuci tempat duduk pesakit dan juga para kakitangan. Kami menggelap semua tempat duduk dan kerusi yang sering digunakan oleh pesakit atau pengunjung. Vacum juga dilakukan untuk membuang habuk serta kotoran.

Gambar 4 : Mencuci katil pesakit

3-      Mencuci katil pesakit

      Langkah yang ketiga amat penting iaitu mencuci katil pesakit. Seperti sedia maklum, katil sangat kerap digunakan oleh pesakit bagi mendapatkan rawatan. Kami menggelap kesemua katil pesakit dengan kain basah dan juga sabun pencuci.

      Diharap pesakit tidak ragu-ragu untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat rawatan kami. Kerana setiap alatan yang ada kami telah bersihkan.

Gambar 5 : Mencuci lantai

4-      Mencuci lantai

Langkah yang keempat kami mencuci dan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai. Langkah ini dilakukan bermula dari pintu masuk sehingga ke dalam toilet. Segenap ruang lantai kami telah bersihkan untuk mengelak dari terdedah dengan kekotoran dan juga kuman.

Gambar 6 : Mencuci cermin

5-      Mencuci cermin

       Mencuci cermin hadapan pusat rawatan juga kami telah lakukan. Langkah ini diambil bagi membersih cermin dari segala kekotoran atau kuman.

Gambar 7 : Mencuci karpet

6-      Mencuci karpet

Langkah terakhir bebas Covid19 ialah kami membuat pembersihan ke atas karpet yang terdapat di sini. Segala jenis karpet telah kami vacuum dan cuci.

Kakitangan Flex Physiotherapy telah bertungkus lumus menjalankan pembersihan bagi menjaga keselamatan kakitangan dan pesakit yang datang ke sini. Keselamatan dan kesihatan anda amat kami jaga untuk kesejahteraan semua.

Kami di sini akan berterusan mengambil langkah pencegahan supaya dapat melindungi diri dari terdedah dengan virus dan juga perkara yang tidak diingini. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply