fbpx
Gambar 1 : 6 langkah pencegahan yang kami lakukan

Kami mengambil serius tentang penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda Negara dan juga dunia. Oleh yang demikian beberapa langkah yang telah kami lakukan sebagai langkah persediaan untuk mencegah virus ini dari terus menular.

Inisiatif ini akan berterusan dilakukan oleh kami di Flex Physiotherapy untuk menjaga kebersihan pusat rawatan.

Diharap para pesakit tidak perlu khuatir dan risau untuk mendapatkan rawatan. Sebarang keterangan lanjut pesakit boleh hubungi admin untuk setiap pertanyaan.

Langkah kebersihan yang dilakukan oleh kami merangkumi pembersihan dari segi:

Gambar 2 : Mencuci kawasan yang terdedah

1-      Mencuci kawasan yang terdedah dengan sentuhan

Pembersihan yang paling utama ialah mencuci kawasan yang terdedah dengan sentuhan seperti pemegang pintu, butang loceng, kaunter, pemegang kerusi roda dan banyak lagi. Kami menggunakan pencuci yang kuat bagi menanggalkan kesan kotoran dan juga membasmi kuman yang melekat.

Kami membersih segenap ruang yang terdedah dengan sentuhan. Setiap langkah pembersih yang dilakukan dibuat dengan teliti.

Ingin lihat rawatan berjaya pulih kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Gambar 3 : Mencuci tempat duduk

2-      Mencuci tempat duduk

      Yang kedua kami mencuci tempat duduk pesakit dan juga para kakitangan. Kami menggelap semua tempat duduk dan kerusi yang sering digunakan oleh pesakit atau pengunjung. Vacum juga dilakukan untuk membuang habuk serta kotoran.

Gambar 4 : Mencuci katil pesakit

3-      Mencuci katil pesakit

      Langkah yang ketiga amat penting iaitu mencuci katil pesakit. Seperti sedia maklum, katil sangat kerap digunakan oleh pesakit bagi mendapatkan rawatan. Kami menggelap kesemua katil pesakit dengan kain basah dan juga sabun pencuci.

      Diharap pesakit tidak ragu-ragu untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat rawatan kami. Kerana setiap alatan yang ada kami telah bersihkan.

Gambar 5 : Mencuci lantai

4-      Mencuci lantai

Langkah yang keempat kami mencuci dan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai. Langkah ini dilakukan bermula dari pintu masuk sehingga ke dalam toilet. Segenap ruang lantai kami telah bersihkan untuk mengelak dari terdedah dengan kekotoran dan juga kuman.

Gambar 6 : Mencuci cermin

5-      Mencuci cermin

       Mencuci cermin hadapan pusat rawatan juga kami telah lakukan. Langkah ini diambil bagi membersih cermin dari segala kekotoran atau kuman.

Gambar 7 : Mencuci karpet

6-      Mencuci karpet

Langkah terakhir ialah kami membuat pembersihan ke atas karpet yang terdapat di sini. Segala jenis karpet telah kami vacuum dan cuci.

Kakitangan Flex Physiotherapy telah bertungkus lumus menjalankan pembersihan bagi menjaga keselamatan kakitangan dan pesakit yang datang ke sini. Keselamatan dan kesihatan anda amat kami jaga untuk kesejahteraan semua.

Kami di sini akan berterusan mengambil langkah pencegahan supaya dapat melindungi diri dari terdedah dengan virus dan juga perkara yang tidak diingini.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI