fbpx

6 Tips Merawat Terseliuh Pergelangan Kaki

Atlet sukan ataupun bagi sesiapa yang aktif bersukan seperti bermain bola sepak, ragbi, hoki atau apa jua aktiviti sukan, pastinya akan terdedah dengan kecederaan pada anggota badan. Lebih-lebih lagi pada bahagian kaki yang banyak menerima tekanan.

Terseliuh pada pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim. Jadi, kebanyakan orang akan  cuba untuk merawatnya sendiri. Namun, jika salah cara rawatannya, keadaan kaki boleh menjadi semakin teruk.

Beberapa tips untuk merawat terseliuh pergelangan kaki dengan cara yang betul adalah seperti berikut:

1. Teknik RICE


Teknik RICE adalah rawatan awal yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kecederaan ini. 


R: Rest

I: Ice

C: Compression

E: Elevation


Tuam ais dalam masa 72 jam selepas kecederaan selama 15 minit dan ulang setiap 2 jam. Sebaiknya menggabungkan kesemua langkah ini secara serentak. 



Tuam panas dibolehkan selepas 72 jam bagi mengurangkan sakit, melancarkan peredaran darah dan membantu dalam proses penyembuhan.

2. Jangan Urut


Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak menjadi semakin teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 72 jam kecederaan berlaku.

3. Senaman Regangan

Senaman regangan dilakukan sebaik sahaja sakit dan bengkak berkurangan. Mulakan dengan melakukan senaman pergelangan kaki. Tahan selama 15 saat. Ulang sebanyak 10 kali dan 3 set.

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI

4. Senaman Kekuatan

Selepas senaman regangan, diteruskan dengan senaman kekuatan otot kaki. Tahan bagi setiap pergerakan selama 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali dan 3 set.

5. Latihan Keseimbangan

Jangan sesekali kembali bersukan jika masih tidak melakukan latihan keseimbangan ataupun proprioceptive. Ini adalah salah satu sebab kenapa bila bersukan, senang untuk dapat kecederaan semula. Latihan ini sangat penting untuk dilakukan kerana ia mengawal sendi dan keseimbangan. Ia juga merangsang deria rasa sendi kaki supaya tidak senang terseliuh.

Latihan/senaman keseimbangan ini hendaklah dilakukan secara berperingkat dan permukaan yang berlainan. Dimulakan dengan berdiri menggunakan kaki sakit selama 1 minit dalam keadaan terbuka. Kemudian, ulang langkah yang sama dalam keadaan mata tertutup pula.

6. Rawatan Elektroterapi

Rawatan elektroterapi hanyalah boleh didapati jika melakukan rawatan di pusat fisioterapi sahaja. Fisioterapis mempunyai cara yang khusus untuk mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan proses pemulihan pada kaki.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI