Dewasa ini, kesedaran tentang penjagaan kesihatan semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Salah satunya adalah berkaitan terapi fizikal atau lebih dikenali sebagai fisioterapi.
Walaupun ramai yang masih lagi mengikuti kaedah rawatan berasaskan ubat-ubatan dan pembedahan, namun fisioterapi juga dapat mengembalikan tahap kesihatan seseorang dengan cara yang tersendiri.
Berikut adalah 7 perkara menarik tentang bidang ini yang masih ramai belum tahu.
7 Fakta Menarik Tentang Fisioterapi Malaysia
Fakta 1: Fisioterapi Bukan Sekadar Senaman
Secara umumnya, fisioterapi bermaksud kaedah pemulihan bahagian-bahagian tertentu anggota badan untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi serta berfungsi dengan sebaik.
Rawatan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kecenderungan terapi seperti:
– Terapi otot dan tulang (orthopedic/musculoskeletal),
– Rawatan untuk jantung dan paru-paru (cardiorespiratory)
– Rawatan saraf (neurology),
– Kecederaan sukan,
– Rawatan untuk kanak-kanak (paediatrics),
– Wanita dan warga emas (geriatrics)
Ini menunjukkan bahawa terapi fisio ini adalah menyeluruh untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Fakta 2: Hanya Dilakukan Oleh Juruterapi Bertauliah
Oleh kerana rawatan fisioterapi adalah unik, ianya hanya boleh dirawat oleh juruterapi yang bertauliah sahaja.
Ini bermaksud hanya mereka yang digelar jurupulih perubatan fisioterapi sahaja layak untuk merawat pesakit.
Mereka perlu memiliki syarat kelayakan utama iaitu mesti memiliki Ijazah Fisioterapi daripada mana-mana institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tugas jurupulih perubatan fisioterapi adalah seperti:
- Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urutan rawatan elektrik
- Merancang program rawatan yang berkesan kepada pesakit
- Membantu doktor membuat diagnosis penyakit
- Menyimpan rekod kesihatan pesakit
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan kepada pesakit
- Mengajar pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah, terutama pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital
Fakta 3: Setiap Sakit Ada Rawatannya
Bagi pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi, mereka boleh mendapatkan rawatan dengan juruterapi.
Mereka akan dirawat mengikut tempoh sesi rawatan yang diperlukan dan bergantung kepada keadaan seseorang pesakit.
Terdapat juga rawatan susulan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Berikut adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan rawatan terapi fisio:
-
- Sakit sendi seperti bahu, lutut, siku, paha dan buku lali
- Sakit belakang
- Slip disc
- Skoliosis
- Sakit leher
- Arthritis
- Calcaneal spur
- Sindrom carpal tunnel
- Pemulihan selepas pembedahan
- Kecederaan sukan
- Trigger finger
- Strok
- Kecederaan saraf tunjang
- Vertigo
- Tumbesaran anak lambat
- Cerebral Palsy
Fakta 4: Pengamalan Teknik “Hands-On”
Terdapat beberapa kaedah pemulihan yang diamalkan oleh juruterapi.
Salah satu yang digunakan di kebanyakan pusat fisioterapi di Malaysia adalah teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.
Ia adalah teknik sentuhan tangan di mana juruterapi akan menyentuh dan ‘menguli’ bahagian-bahagian badan terutamanya otot dan sendi untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Fakta 5: Rawatan Yang Boleh Dijalankan Di Rumah
Di antara kemudahan yang disediakan oleh pusat fisioterapi adalah menawarkan rawatan di rumah pesakit.
Juruterapi akan membawa peralatan rawatan serta alatan senaman seperti portable bed, portable ultrasound, portable infrared, TENS, gym ball, static bicycle, ankle weight dan lain-lain untuk merawat pesakit.
Ini memberikan kelebihan kepada pesakit yang sukar untuk datang ke klinik rawatan dan juga bermanfaat untuk pesakit adalah di kalangan warga tua.
Fakta 6: Pelbagai Jenis Rawatan Lain
Selain daripada manual technique, terdapat pelbagai lagi jenis rawatan fisioterapi. Ia merangkumi beberapa aspek seperti:
- Manipulasi
Senaman berkelajuan tinggi bagi mengembalikan pergerakan normal.
- Mobilisasi
Pergerakan gunaan bagi mengurangkan kekejangan dan melegakan kesakitan.
- Senaman pemulihan
Program senaman bagi memperbaiki pergerakan dan memulihkan otot yang lemah.
- Elektroterapi
Pelbagai teknik, termasuklah ultrabunyi dan elektroterapi bagi melegakan kesakitan dan mempertingkatkan proses pemulihan.
- Kaunseling dan pendidikan pesakit
Ia bertujuan untuk membantu pesakit menyesuaikan kehidupan seharian dengan keadaan fizikal.
Fakta 7: Hubungan Di Antara Fisioterapi Dengan Bidang Perubatan
Ramai orang keliru antara bidang tugas seorang ahli fisioterapi dan seorang doktor. Ia sememangnya berbeza tapi kedua-duanya memerlukan di antara satu sama lain.
Tugas utama doktor adalah untuk mengenalpasti dan membuat diagnosis penyakit yang dihadapi. Kemudian, doktor bertanggungjawab untuk memberikan preskripsi ubat yang bersesuaian.
Namun begitu, bukan semua penyakit boleh dirawat dengan ubat. Terdapat penyakit atau kecederaan yang memerlukan rawatan fizikal. Inilah tugas utama ahli fisioterapi. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.