fbpx

Dewasa ini, kesedaran tentang penjagaan kesihatan  semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Salah satunya adalah berkaitan terapi fizikal atau lebih dikenali sebagai fisioterapi.

Walaupun ramai yang masih lagi mengikuti kaedah rawatan berasaskan ubat-ubatan dan pembedahan, namun fisioterapi juga dapat mengembalikan tahap kesihatan seseorang dengan cara yang tersendiri. 

Berikut adalah 7 perkara menarik tentang bidang ini yang masih ramai belum tahu.

7 Fakta Menarik Tentang Fisioterapi Malaysia

 

Fakta 1: Bukan Sekadar Senaman

Fisioterapi Malaysia

Secara umumnya, fisioterapi bermaksud kaedah pemulihan bahagian-bahagian tertentu anggota badan untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi serta berfungsi dengan sebaik.

Rawatan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kecenderungan terapi seperti:

– Terapi otot dan tulang (orthopedic/musculoskeletal), 

– Rawatan untuk jantung dan paru-paru (cardiorespiratory)

– Rawatan saraf (neurology)

– Rawatan kecederaan sukan,

– Rawatan untuk kanak-kanak (paediatrics),

– Rawatan untuk wanita dan 

– Rawatan untuk warga emas (geriatrics)

 

Ini menunjukkan bahawa terapi fisio ini adalah menyeluruh untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

 

Fakta 2: Hanya Dilakukan Oleh Juruterapi Bertauliah

Fisioterapi Malaysia

Oleh kerana rawatan fisioterapi adalah unik, ianya hanya boleh dirawat oleh juruterapi yang bertauliah sahaja.

Ini bermaksud hanya mereka yang digelar jurupulih perubatan fisioterapi sahaja layak untuk merawat pesakit.

Mereka perlu memiliki syarat kelayakan utama iaitu mesti memiliki Ijazah Fisioterapi daripada mana-mana institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tugas jurupulih perubatan fisioterapi adalah seperti:

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urutan rawatan elektrik
  • Merancang program rawatan yang berkesan kepada pesakit
  • Membantu doktor membuat diagnosis penyakit
  • Menyimpan rekod kesihatan pesakit
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan kepada pesakit
  • Mengajar pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah, terutama pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital

 

Fakta 3: Setiap Sakit Ada Rawatannya

Fisioterapi Malaysia

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi, mereka boleh mendapatkan rawatan dengan juruterapi. 

Mereka akan dirawat mengikut tempoh sesi rawatan yang diperlukan dan bergantung kepada keadaan seseorang pesakit. 

Terdapat juga rawatan susulan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Berikut adalah beberapa masalah kesihatan berkaitan rawatan terapi fisio:

    • Sakit sendi seperti bahu, lutut, siku, paha dan buku lali
    • Sakit belakang
    • Slip disc
    • Skoliosis
    • Sakit leher
    • Arthritis
    • Calcaneal spur
    • Sindrom carpal tunnel
    • Pemulihan selepas pembedahan
    • Kecederaan sukan
    • Trigger finger
    • Strok
    • Kecederaan saraf tunjang
    • Vertigo
    • Tumbesaran anak lambat
    • Cerebral Palsy

Fakta 4: Pengamalan Teknik “Hands-On”

Fisioterapi Malaysia

Terdapat beberapa kaedah pemulihan yang diamalkan oleh juruterapi.

Salah satu yang digunakan di kebanyakan pusat fisioterapi di Malaysia adalah teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.

Ia adalah teknik sentuhan tangan di mana juruterapi akan menyentuh dan ‘menguli’ bahagian-bahagian badan terutamanya otot dan sendi untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

 

Fakta 5: Rawatan Yang Boleh Dijalankan Di Rumah

Fisioterapi Malaysia

Di antara kemudahan yang disediakan oleh pusat fisioterapi adalah menawarkan rawatan di rumah pesakit.

Juruterapi akan membawa peralatan rawatan serta alatan senaman seperti portable bed, portable ultrasound, portable infrared, TENS, gym ball, static bicycle, ankle weight dan lain-lain untuk merawat pesakit.

Ini memberikan kelebihan kepada pesakit yang sukar untuk datang ke klinik rawatan dan juga bermanfaat untuk pesakit adalah di kalangan warga tua. 

 

Fakta 6: Pelbagai Jenis Rawatan Lain

Fisioterapi Malaysia

Selain daripada manual technique, terdapat pelbagai lagi jenis rawatan fisioterapi. Ia merangkumi beberapa aspek seperti:

  • Manipulasi

 

Senaman berkelajuan tinggi bagi mengembalikan pergerakan normal.

  • Mobilisasi 

 

Pergerakan gunaan bagi mengurangkan kekejangan dan melegakan kesakitan.

  • Senaman pemulihan

 

Program senaman bagi memperbaiki pergerakan dan memulihkan otot yang lemah.

  • Elektroterapi 

 

Pelbagai teknik, termasuklah ultrabunyi dan elektroterapi bagi melegakan kesakitan dan mempertingkatkan proses pemulihan.

  • Kaunseling dan pendidikan pesakit

 

Ia bertujuan untuk membantu pesakit menyesuaikan kehidupan seharian dengan keadaan fizikal.

 

Fakta 7: Hubungan Di Antara Fisioterapi Dengan Bidang Perubatan

Fisioterapi Malaysia

Ramai orang keliru antara bidang tugas seorang ahli fisioterapi dan seorang doktor. Ia sememangnya berbeza tapi kedua-duanya memerlukan di antara satu sama lain.

Tugas utama doktor adalah untuk mengenalpasti dan membuat diagnosis penyakit yang dihadapi. Kemudian, doktor bertanggungjawab untuk memberikan preskripsi ubat yang bersesuaian.

Namun begitu, bukan semua penyakit boleh dirawat dengan ubat. Terdapat penyakit atau kecederaan yang memerlukan rawatan fizikal. Inilah tugas utama ahli fisioterapi.

 

Dapatkan Rawatan Fisioterapi di Flex Physiotherapy

Fisioterapi Malaysia

Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultansi dan rawatan untuk terapi fizikal, hubungi Flex Physiotherapy.

 

Mereka terdiri daripada ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah sakit sendi, sakit belakang, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, kecederaan sukan, strok, Sindrom carpal tunnel dan pelbagai lagi.

 

Flex Physiotherapy menggunakan teknik ‘hands-on’ seperti:

 

  • joint mobilization, 
  • trigger point release, 
  • cyriax dan 
  • mulligan.

 

Rata-rata pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sini amat berpuas hati dan kini kembali dengan kesihatan yang baik.

Fisioterapi Malaysia

Fisioterapi Malaysia

Fisioterapi Malaysia