Posisi badan anda adalah faktor penting untuk mendapatkan gaya berjalan yang selesa dan mudah.
Dengan postur yang baik, pernafasan akan menjadi lebih mudah serta mengelakkan sakit belakang. Sekiranya berjalan kaki merupakan aktiviti yang mendatangkan kesakitan kepada anda, periksa posisi badan sewaktu berjalan.
Gaya berjalan yang baik juga sebenarnya memudahkan untuk berjalan lebih jauh dan berjalan lebih cepat.
Lebih menarik, ia juga akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang & ‘fit’. Ini sangat bagus sebagai peningkatan imej segera tanpa sebarang kos.
Jom sama-sama lakukan 7 perkara di bawah semasa anda berjalan:
1-Badan hendaklah berada dalam keadaan tegak.
2-Elakkan membongkok ke hadapan atau belakang.
3-Pastikan mata pandang ke hadapan.
4-‘Chin-up’. Selarikan dagu anda dengan lantai/tanah. Tidak terlalu menunduk atau mendongak.
5-Buka bahu ke belakang secara santai.
6-Masukkan perut ke dalam.
7-Tegakkan belakang anda & elak daripada pinggul terlalu ke belakang.
Tiada Istilah Terlewat Untuk Bermula
Setiap kali anda ingin mula berjalan, periksa postur terlebih dahulu. Luangkan 15 saat pertama semasa berjalan dengan mengekalkan postur yang betul.
Jadikan ia sebagai satu amalan, sama ada ketika menggunakan treadmill, membuang sampah, bersiar-siar atau ke mall.
Lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan & lebih mudah. Alah bias, tegal biasa!
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.