fbpx

7 TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT

 

TAHUKAH ANDA ?

Kajian mendapati dianggarkan manusia menghabiskan masa selama 90,000 jam di tempat kerja. Yang menjadi tanda tanya, adakah pejabat merupakan lokasi ideal untuk kita menjadi individu lebih sihat dan ceria?

 

Jawapannya, ya. Wanita mahupun lelaki yang bijak mampu melakukan perubahan dan keseimbangan gaya hidup yang positif meskipun berada di pejabat.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. Jadi hari ni kami nak kongsikan senaman mudah yang boleh dilakukan di pejabat.

 

1. Gunakan Tangga

 

 

Seseorang yang berat 73kg dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori sudah dibakar. Wow! Hanya berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh menguatkan otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung .

 

2. Kerusi imaginasi

 

 

Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan bersandar pada dinding. Bengkokkan lutut sehingga peha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 15 saat dan tukar.

 

3. Bicep curl

 

 

Senaman ini boleh dilakukan ketika duduk ataupun berdiri, gunakan teknik bicep curl di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi ataupun berdiri tegak sambil pegang botol air (menggantikan dumbell) dan bengkokkan siku anda. Tahan selam 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali bagi setiap tangan.

 

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

 

4. Teknik back twist

 

 

Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.

 

5. Tolak dinding

 

 

Bosan menunggu rakan sekerja? Gunakan masa itu untuk membina otot lengan, dada dan bahu.  Letakkan kedua-dua tangan anda ke dinding.  Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hampir bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali.

 

6. Angkat kaki

 

 

Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun kedua-dua kaki anda dah tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Untuk menambahkan berat, letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan.

 

7. Half squat

 

 

Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan tegang otot.

 

SUMBER : Majalah RAPI

 

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini