fbpx Skip to main content

Teruk atau tidak tahap patah tulang itu bergantung kepada puncanya.  Jika tekanan hanya melampaui sedikit sahaja batas ketahanan tulang, ia mungkin akan retak sahaja.

Tetapi jika terlalu ekstrem seperti hentakan semasa kemalangan kenderaan atau akibat tembakan peluru, tahap patah akan lebih teruk.

JENIS-JENIS KEPATAHAN TULANG

  • Tulang kita mempunyai komposisi yang keras & kuat. Ia akan membengkok apabila terdapatnya tekanan daripada luar.  Namun, apabila daya tekanan terlalu kuat, ia boleh menyebabkan kepatahan.
  • Patah tulang ialah sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang, sama ada secara penuh atau separa.

KLASIFIKASI PATAH TULANG

  • Patah tulang dikategorikan kepada ‘open fracture’ & ‘closed fracture’.
  • ‘Open fracture’ atau juga dikenali sebagai ‘compound fracture’ ialah apabila fragmen tulang terkeluar & menembusi bahagian kulit ATAU luka yang berlaku menembusi sehingga ke tulang yang patah. Patah seperti ini adalah lebih serius kerana berisiko untuk menyebabkan jangkitan kuman kepada luka & tulang.
  • ‘Closed fracture’ atau ‘simple fracture’ pula keadaan di mana tulang tidak tembus ke luar kulit.

JENIS-JENIS PATAH YANG SERING TERJADI

 

  • Patah tebu (greenstick) – Kepatahan separa di mana tulang patah & membengkok. Darah tidak mengalir keluar. Biasanya terjadi pada kanak-kanak.
  • Melintang (transverse) – Kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.
  • Patah terpusing (spiral) – Kepatahan yan disebabkan oleh daya putaran yang kuat & menghasilkna bentuk patah seperti spring.
  • Menyerong (oblique) – kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan hentakan kuat secara tiba-tiba.
  • Patah lesung (impacted/compression) – patah yang tulangnya mencucuk-cucuk antara satu sama lain. Biasanya berpunca akibat terjatuh daripada tempat tinggi & terpecah dari pelbagai sudut
  • Remuk (comminuted) – kepatahan yang menyebabkan tulang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang terlalu kuat
  • Patah bersegmen (segmental) – terdapat dua kepatahan pada tulang yang sama menjadikan segmen tengah tulang terpisah

PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN TERJADINYA PATAH TULANG

 

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya patah tulang. Dalam kes-kes yang berlaku, majoritinya disebabkan:

  1. trauma : jika anda terjatuh, mengalami kemalangan jalan raya, atau bersukan (contoh: cedera menggelecek bola ketika bermain bola sepak) anda lebih berisiko untuk mengalami kepatahan
  2. osteoporosis : masalah osteoporosis menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh.  Ini juga meningkatkan risiko untuk patah jika terdapat tekanan melampau pada bahagian tersebut.
  3. overuse : pergerakan yang berulang-ulang akan meletihkan otot & menyebabkan lebih tekanan dikenakan kepada tulang.  Lama kelamaan, mekanisme ini boleh menyebabkan ‘stress fracture’. Ianya lebih kerap terjadi dalam kalangan atlet.

GEJALA-GEJALA APABILA PATAH TULANG

Kepatahan tulang adalah sangat menyakitkan & biasanya menyebabkan anda tidak dapat menggerakkan anggota badan yang patah itu.  Gejala-gejala lain yang boleh berlaku ialah:

  • Bengkak dan sakit apabila ditekan/disentuh sekitar kawasan patah
  • Lebam di kawasan yang patah
  • Terjadinya perubahan bentuk anggota atau ada bahagian tulang yang terkeluar menembusi kulit

FASA PEMULIHAN TULANG

Tulang yang patah mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk pulih sepenuhnya, bergantung kepada tahap kecederaannya & disiplin anda mengamalkan nasihat doktor.  Kesakitan biasanya sudah beransur-ansur hilang sebelum tulang kembali kukuh untuk menerima daya tekanan aktiviti normal.

Walaupun alat penyokong tulang anda sudah boleh ditanggalkan, anda mungkin perlu mengehadkan pergerakan sehingga tulang anda pulih sepenuhnya (bergantung kepada laporan doktor anda).

Dalam tempoh, otot anda di bahagian yang patah akan hilang kekuatan.  Oleh itu, senaman tertentu perlu dilakukan untuk membantu pemulihan kekuatan otot, pergerakan dan fleksibiliti sendi.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply