Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak.
Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan.
Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.
Apakah itu Bell’sPalsy?
Bell’s Palsy boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas.
Walaubagaimanapun, kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan.
Sesiapa sahaja boleh mendapat Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.
Bila dan bagaimana Bell’s Palsy terjadi?
Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, tiada tanda- tanda kelihatan pada waktu malam sebelum tidur tetapi selepas bangun dari tidur, mereka akan mendapati sebahagian muka menjadi lemah & tidak berfungsi.
Bagi sesetengah orang pula, sebelum mereka mengalami kelemahan pada otot muka, mereka akan merasa sakit di belakang telinga. Kes lain pula mereka seolah-olah mendengar bunyi kuat yang luar biasa dan berasa tidak selesa sebelumnya.
Dalam masa satu atau dua hari, kelemahan otot muka ini akan meningkat.
Adakah ia akan pulih semula?
Kebiasaannya, Bell’s Palsy akan pulih secara beransur-ansur dalam 2-3 minggu atau dua bulan. Ada juga pesakit yang mengambil masa sehingga dua belas bulan untuk pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, tidak mustahil gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Secara keseluruhannya, tiada pesakit Bell’s Palsy yang tidak pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan pulih dengan mempunyai sedikit kelemahan otot muka (kekal), tetapi sangat sedikit.
Tanda – tanda Bell’s Palsy
Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Tahap kelemahan otot ini adalah berbeza.
Di antara tanda – tandanya adalah ;
- Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
- Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
- Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
- Tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
- Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
- Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
- Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
- Deria rasa juga akan terjejas.
Bagaimanakah Bell’s Palsy dapat dikesan?
Tiada ujian yang benar-benar dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai Bell’s Palsy. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap.
Gejala tidak boleh menutup kelopak mata anda dan lain-lain akan membantu doktor untuk mengesahkan kondisi ini sebagai Bell’s Palsy.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pendengaran dan stabiliti. Semua pemeriksaan membantu menjelaskan diagnosis dan boleh membantu meramalkan tahap pemulihan anda.
Bagaimana rawatan Fisioterapi dapat membantu?
Rawatan fisioterapi adalah digalakkan. Ahli fisioterapi anda akan mengajar senaman muka yang akan menguatkan otot di muka untuk meningkatkan kemahiran koordinasi. Rawatan fisioterapi juga telah membantu dalam beberapa kes Bell’s Palsy.
Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy?
Senaman muka Bell’s Palsy
Latihan fisioterapi akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda.
Cermin itu juga akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah otot muka yang lemah. Ia penting untuk melatih otot-otot muka untuk bergerak.
Yang perlu dibuat
- Senaman muka boleh dibuat di rumah.
- Anda haruslah sabar dan menguatkan otot muka secara beransur-ansur.
- Senaman perlu dilakukan tidak kurang daripada tiga kali
- Kekerapan dan ulangan senaman ini haruslah dilakukan secara beransur-ansur mengikut perkembangan otot muka anda.
- Tumpukan perhatian anda semasa bersenam – fokus pada pergerakkan otot muka yang tidak lemah dan cuba praktiskan pada otot muka yang lemah dengan perlahan lahan.
- Senaman harus dilakukan dalam tempoh yang sikit tetapi dengan kekerapan yang meningkat. KUALITI pergerakan adalah penting berbanding KUANTITI. Oleh itu, jangan lakukan senaman apabila anda letih. Adalah bagus membuat latihan senaman muka beberapa kali dengan betul daripada melakukan banyak senaman otot muka yang salah.
Yang tidak patut dibuat
- Jangan terlalu risau ataupun jangan memenatkan dirinya semasa membuat senaman ini.
- Jangan paksa dengan membuat senaman ini dimana kedua dua belah otot muka akan berada dalam keadaan tegang. Sekiranya, anda dapati otot muka tegang, rehatlah seketika.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.