Program Corporate Talk ini dikendalikan oleh fisioterapi terlatih bagi memberi penerangan berkaitan ergonomik, demo senaman di pejabat dan juga sesi soal jawab bersama peserta program.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat umum terutamanya penjawat awam mengenai kepentingan penjagaan ergonomik semasa bekerja.
- Memberi panduan mengenai amalan penjagaan postur badan semasa bekerja.
- Menggalakkan para kakitangan untuk lebih aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
- Memberi maklumat mengenai fungsi fisioterapi dalam menangani masalah seperti sakit belakang, leher, bahu dan lutut.