Pemulihan selepas stroke adalah teramat penting untuk membantu pesakit dapat kembali semula menjalani aktiviti harian seperti biasa.
Fasa rehabilitasi ini memerlukan kerjasama dan motivasi daripada diri pesakit sendiri, terapis, ahli keluarga serta rakan-rakan.
Elak ini sekiranya tak nak stroke berpanjangan
Tanpanya, proses pemulihan stroke mungkin akan terganggu. Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa anda menjalani sesi rehabilitasi stroke.
Jom baca dulu . . .
Kesalahan #1 : Pesakit Stroke Mudah Mengalah Bila ‘Progress’ Menjadi Perlahan
Kebiasaannya, peningkatan pemulihan tubuh anda akan mula menjadi perlahan 6 bulan selepas serangan stroke. Namun, ini bukan bermakna anda telah gagal. Pemulihan strok hanya akan berhenti, BILA ANDA SENDIRI yang menghentikannya.
Apabila peningkatan dan motivasi anda mula berkurangan, beranikan diri untuk mencuba aktiviti atau perkara yang baru. Ini akan membantu menaikkan semula momentum proses pemulihan anda. Oleh itu, jangan sama sekali menyerah kalah atau berputus asa!
Kesalahan #2 : Mengabaikan Kebaikan Nutrisi Pemakanan
Ini adalah antara perkara yang sering diabaikan semasa tempoh pemulihan strok. Makanan yang anda ambil memainkan peranan penting untuk kesihatan anda.
Apa yang penting, anda PERLU MAKAN untuk mendapatkan tenaga bagi melakukan aktiviti dan senaman pemulihan.
Tetapi, apakah jenis diet pemakanan yang sesuai untuk anda yang mengalami masalah stroke? Apa pula pemakanan yang perlu diamalkan untuk mengelak serangan strok yang kedua?
Kami akan kupas lebih lagi mengenainya dalam artikel akan datang.
Kesalahan #3 : “Tak Menjadi Pun”
Semasa melakukan rutin terapi pemulihan dan mendapati tiada perubahan, seringkah anda lontarkan ayat – “Tak menjadi pun” … “Tak berhasil pun”…
Perkara ini sebenarnya berlaku disebabkan senaman dan aktiviti anda tidak cukup konsisten dan kurang pengulangan.
Ini samalah seperti mana-mana aktiviti fizikal atau sukan, di mana anda perlu berlatih secara konsisten untuk betul-betul menguasai kemahiran yang dilakukan. Ini adalah cara sebenar otak kita berfungsi.
Pengulangan senaman dan pergerakan adalah KUNCI KEJAYAAN dalam pemulihan strok.
Sebagai contoh: Anda melakukan 5 jenis senaman pergerakan jari – hanya 5 pergerakan! Akan tetapi, selepas 30 minit sesi, anda sebenarnya sudah mengulangi pergerakan itu hampir 200 kali. Pengulangan pergerakan ini sangat membantu fungsi ‘neuroplasticity’ pada otak kita secara maksimum.
Manakala, aktiviti secara konsisten akan melatih otak anda untuk melakukan pergerakan tersebut dengan sendiri.
Jadi, anda perlu memahirkan pergerakan tersebut; sangat mahir sehingga ia menjadi ‘natural’.
Moral of the story: Jadi konsisten dan lakukan senaman pemulihan anda berulang kali sehingga mahir. Lakukannya dan inshaAllah anda AKAN pulih sedikit demi sedikit.
Kesalahan #4 : Melakukan Senaman Secara Berlebihan Pun Tak Elok Bagi Pesakit Stroke
Bersemangat untuk pulih semula adalah satu perkara yang sangat digalakkan. Walau bagaimanapun, jika anda melakukan senaman secara berlebihan, ia tidak akan membantu proses pemulihan.
Sekiranya anda tidak mengambil rehat yang secukupnya di antara sesi, otak anda akan kepenatan dan tidak dapat melakukan senaman dengan efektif – akhirnya anda akan kecewa dan keletihan.
Anda perlu bersabar semasa menjalani rutin senaman. Pemulihan strok merupakan satu sesi rehabilitasi yang memerlukan tempoh lama untuk mendapatkan hasil.
Oleh itu, elakkan daripada menghabiskan kesemua tenaga anda pada peringkat permulaan. Sebaik-baiknya, selang selikan hari terapi anda dengan rehat.
Kesalahan #5 : Enggan Melihat ‘Kekuatan’ Anda Sendiri
Pernah mendapat serangan strok bermakna anda pernah berjaya mengatasi pengalaman yang paling sukar dan ‘survive’! Akan tetapi, jika anda sendiri tidak dapat melihat betapa hebatnya anda, apa jua motivasi yang datang, akan menjadi sia-sia.
Motivasi yang paling utama ialah daripada dalam diri anda sendiri.
Anda boleh bermula dengan mencatit setiap kemajuan anda. Kadang kala kita terlalu fokus untuk mencapai target sehingga tidak nampak kejayaan-kejayaan kecil yang telah kita capai.
Melalui catatan ini, anda akan mula melihat sejauh mana pencapaian anda dalam usaha untuk pemulihan strok.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.