“Aduh Sakitnya Leher Ni, Apa Perlu Saya Buat Ni?”, sakit leher!! confirm tak senang duduk satu hari tu kan?
Rasa sakit leher berkemungkinan berpunca daripada tendon, otot, saraf, bursa, capsul atau ligamen.
Sakit leher juga boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian anda, malah menyebabkan bahagian leher menjadi tegang dan terhad.
Sebanyak 17% wanita dan 12% lelaki yang mengalami masalah sakit dan rasa kaku di bahagian leher.
Terdapat senaman dan cara yang dapat mengurangkan sakit ni.
Haa, nak tahu apakah cara-cara untuk mengurangkan masalah berkenaan?
Jom sama-sama kita lihat cara-cara di bawah
Cara 1
Senaman Regangan
Senaman 1
- Berdiri tegak menghadap kedepan dan tolak kepala dari bawah perlahan-lahan ke atas setakat mampu.
- Seterusnya tundukkan kepala menghadap ke bawah sehingga anda rasa otot di belakang leher menjadi tegang, tapi tidak terlalu sakit.
- Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali untuk kedua-dua senaman ini.
Senaman 2
- Tarik kepala/ lentokkan kepala ke arah bahu.
- Tangan bantu tarik kepala ke arah bahu sehingga anda rasa otot leher menjadi tegang, tapi tidak terlalu sakit.
- Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali dan ulang langkah yang sama untuk sebelah kiri.
Cara 2
Rawatan Pek Sejuk atau Pek Panas
Rawatan Pek Sejuk dan Pek Panas ni boleh dilakukan secara bergilir-gilir.
Apa kelebihan Pek Sejuk dan Pek Panas ni?
Pek Sejuk
- Ia membantu mengurangkan radang di kawasan leher.
Pek Panas
- Ia membantu melancarkan peredaran darah di bahagian leher yang sakit.
Cara 3
Rawatan Fisioterapi
Rawatan fisioterapi atau rawatan dengan menggunakan teknik manual terapi sangat berkesan dalam merawat masalah ini.
Rawatan ini juga membantu pesakit untuk menggerakkan kepala dan leher dengan lebih mudah.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.