fbpx Skip to main content
senaman mudah dalam lockdown

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN yang telah dilaksanakan mungkin memberi implikasi kepada orang ramai apatah lagi kurang pergerakan fizikal yang boleh dilakukan seperti berekreasi di taman atau bersenam di gimnasium.

Walau demikian, perintah ini bukanlah bermakna ia mengekang aktiviti fizikal harian. Malah, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya berada di rumah sendiri.

Jom tengok, apa senaman yang boleh dilakukan dirumah sepanjang anda berada dirumah.

APAKAH SENAMAN YANG DAPAT DILAKUKAN DI RUMAH SEMASA LOCKDOWN?

1) Aktiviti naik turun tangga/lari setempat.

  • Gunakan tangga di rumah anda sebagai tempat untuk lakukan senaman.
  • Anda boleh lakukan aktiviti naik turun tangga ataupun yang lagi senang anda boleh lakukan aktivit lari setempat.
  • Lakukan aktiviti ini dalam beberapa pusingan bagi membantu menguatkan kekuatan otot kaki.

2) Tekan Tubi (Push up).

Nak kuatkan otot lengan, dada, bahu dan perut?

Mudah je, buat senaman push up kerana senaman ini membantu anda untuk mengempiskan perut dan membentuk pada bahagian lengan.

3) Senaman Squat.

  • Senaman ni baik untuk menguatkan otot pada bahagian kaki dan punggung.
  • Bagi warga emas, boleh cuba gunakan kerusi untuk melakukan senaman ini.

4) Senaman Sit Up.

  • Mula-mula anda baring dekat lantai sambil membengkok dan menyangkut kaki pada kerusi.
  • Selepas itu, letakkan tangan anda di atas dada dan angkatkan badan anda perlahan ke arah kaki.
  • Ia dapat membantu menguatkan abdomial atas. Kalau nak six pack, kena buat hari-hari.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply