Adakah anda kerap mengalami kebas tangan, leher dan kaki beserta kesakitan melampau? Awas! Ia mungkin petanda anda mengalami slip disc.
Teruskan membaca perkongsian di bawah untuk mengenal pasti gejala dan rawatan yang ditawarkan dengan lebih terperinci.
Apa Itu Slip Disc?
Slip disc berlaku akibat pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang terletak pada bahagian pertengahan disk.
Keadaan ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas dan lemah.
Kondisi ini juga dikenali sebagai Prolapsed Interverterbral Disc atau PID.
Mungkin ramai orang yang kurang mengetahui bahawa slip disc merupakan salah satu diagnosis utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang.
Slip disc pada tulang belakang berkemungkinan berpunca apabila disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrien, and genetik mengalami proses penuaan.
Tanda-Tanda Terjadinya Slip Disc
Adakah anda kerap mengalami sakit belakang namun kurang pasti sekiranya ia slip disc atau bukan?
Teliti gejala-gejala berikut. Sekiranya anda menghadapi hampir kesemuanya, anda perlu mendapatkan rawatan daripada juruterapi dengan segera!
Antara tanda-tanda awal yang tidak sepatutnya diambil ringan adalah:
- Sakit dan kebas pada bahagian sebelah badan sahaja
- Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
- Sukar untuk berdiri atau duduk terlalu lama
- Sakit dan sukar untuk mengangkat barang
- Sakit ketika berjalan
- Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
Punca Terjadinya Slip Disc
Penyebab-penyebab berlakunya slip disc perlu diambil berat oleh semua individu agar ia dapat dielakkan.
- Mempunyai postur badan statik untuk jangka masa yang lama
Slip disc boleh terjadi sekiranya anda melakukan aktiviti yang sama dan dalam keadaan statik. Contohnya seperti memandu dan membuat kerja di komputer untuk tempoh yang lama.
Aktiviti-aktiviti ini boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang sekiranya dilakukan untuk tempoh masa yang lama dan statik.
Bukan itu sahaja, postur yang tidak betul sewaktu duduk atau mengangkat barang berat juga boleh meningkatkan risiko anda untuk menghadapi slip disc.
Oleh itu, pastikan anda rehatkan badan dan lakukan senaman regangan sekali-sekala untuk mengelakkan daripada berlaku slip disc.
- Mengalami Trauma atau Hentakan yang Kuat Pada Badan
Trauma akibat kecederaan atau hentakan yang kuat pada bahagian tulang mendedahkan lagi anda kepada risiko masalah ini.
Ia boleh terjadi semasa bersukan atau selepas mengalami kemalangan.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran anda terutamanya ketika bersenam dan bersukan untuk mengelakkan kecederaan.
- Mengangkat Objek Berat
Anda perlu sentiasa berhati-hati ketika mengangkat objek yang berat. Ini kerana, tulang belakang tidak begitu kuat untuk menampung berat badan yang melampau.
Sekiranya anda mengangkat lebih daripada yang termampu dan menggunakan teknik yang salah, anda berkemungkinan akan mengalami ini.
Hal ini disebabkan oleh tekanan tinggi yang dikenakan pada bahagian tulang belakang secara kerap.
- Kurang Bersenam
Tahukah anda, kurang bersenam juga boleh meningkatkan risiko masalah ini?
Ya betul!
Ini kerana, otot badan akan menjadi keras dan tidak fleksibel jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman yang kerap.
- Berat Badan yang Melampau
Sama seperti mengangkat barang yang berat, tulang belakang juga tidak mampu untuk menampung berat badan yang terlampau berat.
Cakera intervertebra akan mengalami tekanan yang tinggi sekiranya berat badan anda terlalu berat seterusnya meningkatkan risiko untuk ia koyak dan cedera.
Mengapa Perlu Mendapatkan Rawatan Fisioterapi?
Pernahkan anda dengar tentang rawatan fisioterapi?
Ahli fisioterapi merupakan seorang juru yang bertanggungjawab untuk membantu pesakit untuk mengembalikan fungsi fizikal kepada normal.
Antara tumpuan utama bagi rawatan fisioterapi adalah memastikan pergerakan seluruh badan terkawal dan seimbang selain meningkatkan tenaga dan stamina pesakit.
Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan fisioterapi untuk masalah berkenaan?
Ia berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggang,
Selain itu, rawatan yang diberikan akan mengurangkan himpitan saraf yang berlaku pada disc tersebut serta mengurangkan sakit yang menjalar pada bahagian kaki.
Bukan itu sahaja, rawatan juga akan menguatkan semula otot belakang dan otot abdominal. Ini adalah untuk menyokong tulang belakang dengan lebih baik lagi.
Dengan ini, pesakit akan mampu melakukan aktiviti seharian tanpa sebarang kesukaran.
Kesimpulannya, sakit pada bahagian belakang badan tidak boleh dipandang enteng. Ia boleh menyebabkan kesukaran dalam melakukan aktiviti harian dek rasa sakit.
Oleh itu, jangan tangguh lagi slip disc dan segera dapatkan rawatan bersama pihak bertauliah seperti kami di Flex Physiotherapy.