fbpx Skip to main content
4 punca utama obesiti dalam kalangan kanak-kanak

Gambar 1 : 4 Punca Utama OBESITI Dalam Kalangan Kanak-Kanak.

Obesiti adalah kegemukan yang bermaksud apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) tinggi dari umur dan jantina sepatutnya.

Mengikut kajian, Malaysia adalah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus.

Bahaya obesiti dalam kalangan kanak kanak.

Obesiti juga akan menyebabkan kanak kanak mengalami masalah penyakit serius seperti, tekanan darah tinggi, kencing manis serta penyakit hati berlemak.

Selain itu, kanak kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah gangguan tidur atau ‘obstructive sleep apnea’.

Salur udara akan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak dan menyebabkan gangguan pernafasan kepada kalangan kanak-kanak.

Faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan kanak kanak adalah :

1. Makanan Berkalori Tinggi.

makan makanan berkalori tinggi

Pemakanan yang berkalori tinggi seperti makanan segera dan makanan manis seperti gula gula, ayam goreng, minuman berkabohidrat.

Kebiasaannya orang Malaysia sangat menyukai pisang goreng. Makanan tersebut menyebabkan pengumpulan lemak pada salur darah dan akan meningkatkan paras gula dalam darah.

2. Kurang Aktiviti Fizikal.

kurang aktiviti fizikal

Kanak kanak yang kurang beraktiviti berisiko untuk obes. Hal ini kerana, kurangnya pembakaran kalori.

Kebanyakannya, mereka lebih suka bermain permainan computer serta menonton televisyen. Iklan makanan yang disiarkan juga cenderung membuatkan kanak kanak terliur dan ingin mencuba makanan tersebut.

3. Faktor Keluarga.

faktor keluarga

Jika kanak kanak berasal daripada keluarga yang terlebih berat badan, kemungkinan besar anak anak akan mendapat masalah yang sama.

Hal ini kerana, kanak kanak tersebut sudah terbiasa dengan makanan yang berkalori tinggi.

4. Faktor Genetik

faktor genetik

Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat  70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obesiti.

Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk kanak-kanak untuk menjadi obesiti.

Sebelum kita menyalahkan genetik kita, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan pemakanan yang dipelajari oleh kaum keluarga.

Kesimpulan

Dalam mengekang atau menyelesaikan masalah ini, pelbagai pihak perlu bekerjasama dengan masyarakat untuk memudahkan para keluarga untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, perubahan boleh dilakukan dan bermula dari rumah kerana ibu bapa / penjaga memainkan peranan penting untuk mengekang dan perlu menunjukkan contoh yang baik dalam masalah obesiti ini.

Sekiranya anda merasakan bahawa anak anda mungkin mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, sila dapatkan nasihat pakar daripada pengamal kesihatan berdekatan anda.

Leave a Reply