fbpx Skip to main content

Dah ikhtiar macam-macam cara nak kempiskan perut, tapi tiada kesan pun. Makan pil kurus, sudah! Diet pun sudah! Tapi masih boroi je lagi perut ni! Jangan putus asa!! Mungkin cara diet anda yang salah!!

Ini yang anda perlu faham sekiranya ingin diet. Diet bukan bermaksud kita membuang terus pengambilan makanan tetapi kita mengehadkan dan mengambil secukupnya keperluan makanan harian. Tak faham? Jom ikut tips ini.

kempis perut

KEMPIS PERUT DENGAN MUDAH!! TAK PERLU BERLAPAR

Dah la berlapar, lepas tu senaman bagai tiada hari esok!! Macam mana nak kurus! TIADA TENAGA!!

Untuk pengetahuan semua, badan perlukan tenaga untuk membakar lemak. Habis nak buat macam mana?

Jom ikut tips mudah ini;

turun berat

Ambil air secukupnya mengikut berat badan masing-masing.

1) Minum Air Lapan Gelas Sehari.

Tahukah anda, dengan minum air kosong yang secukupnya, ia dapat mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan dan bantu meningkatkan metabolisme badan.

Baca info: Kawal Makan Tapi Tetap Gemuk? 7 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme!

kempis perut

Elakkan pengambilan gula secara berlebihan.

2) Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan & Minuman

Sebenarnya, gula penting untuk badan terutama bagi penghasilan tenaga. Tanpa gula, tenaga tidak dapat dihasilkan.

Namun, jika jumlah pengambilan gula melebihi keperluan badan, maka lebihan gula tersebut akan disimpan dan seterusnya bertukar menjadi lemak.

kempis perut

Jangan skip sarapan pagi kalau nak diet.

3) Sarapan Yang Sihat

Anda juga diwajibkan untuk mengambil sarapan pagi.

Sarapan yang sihat membantu mengurangkan rasa lapar. Haaaa macam mana tu? dengan mengambil sarapan pagi, ia mampu membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan dan menjadikan kita tahan lapar dalam tempoh yang lama.

4) Makan Secara Bersederhana

Amal prinsip “makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.” Walaupun makan secara bersederhana, makanan yang anda ambil hendaklah merangkumi kesemua kumpulan piramid makanan.

5) Senaman Otot Perut

Akhir sekali, amalkan senaman otot perut bagi mereka yang nak kurus dengan cepat.

Hal ini demikian kerana, pergerakan khusus pada otot perut dapat membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat.

 

Walaubagaimanapun, masih terdapat pelbagai lagi cara untuk anda kempiskan perut.

Cuba praktik dan amalkan langkah ini dulu. Semoga bermanfaat.

 

BACA JUGA ARTICLE BERKAITAN: 4 Punca Utama Kanak-Kanak Obesiti, 5 Tips Untuk Turunkan Berat Badan, Senaman Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Leave a Reply