fbpx Skip to main content

Haaa penjagaan kesihatan jantung selalu dikaitkan dengan makanan, berat badan dan gaya hidup.

Anda pernah dengar tak ayat yang berbunyi macam ni? “Apa yang kita makan menentukan tahap kesihatan kita” haaa macam mana tu?

kesihatan jantung

Amal gaya hidup sihat elak penyakit jantung.

Jaga kesihatan jantung dengan amalan ini

Tertanya juga adakah orang gemuk je ke berisiko untuk dapat masalah atau penyakit jantung? Tidak juga sebenarnya, tetapi gaya hidup tidak sihat seperti obesiti mempunyai risiko yang tinggi terkena masalah jantung.

Oleh itu, panduan penting bagi penjagaan kesihatan jantung adalah mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal. (Tubuh ideal = Antara 18.5 hingga 24.9). Baca selanjutnya untuk tips penjagaan jantung.

Kekalkan tahap kolestrol, tekanan dan gula darah dalam lingkungan normal

Tabiat pemakanan seharian juga harus diambil berat. Amalkan diet seimbang dan amalkan gaya hidup aktif

Elakkan pengambilan lemak, gula dan garam secara berlebihan

risiko jantung

Bagaimanapun, obesiti merupakan penyumbang terbesar masalah jantung.

Seperti kita sedia maklum bahawa pengambilan lemak berlebihan mampu meninkatkan risiko obesiti penyakit jantung dan kanser.

Manakala, pengambilan garam dan gula secara berlebihan pula masing-masing mampu menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebihan berat badan serta meningkatkan risiko diabetes.

 

Amalkan diet baik untuk kesihatan jantung

Pernah tertanya-tanya tak, diet yang macam mana baik untuk jantung? Apa beza diet seimbang dengan diet baik untuk jantung?

Dengan kata mudah, diet seimbang adalah diet yang mengikut panduan piramid makanan manakala diet baik untuk jantung sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang sihat untuk jantung.

Contohnya, banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam diet sehari merupakan diet sihat untuk jantung.

jantung sihat

Ambil makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol

Seterusnya, dalam penjagaan kesihatan jantung kita mestilah kurangkan pengambilan garam, gula dan makanan tinggi kolestrol dalam seharian kita.

Bila bercakap pengambilan gula dan garam, anda jangan terus tinggal atau tak ambil terus. Garam dan gula juga penting dalam diet seharian terutama untuk bekalkan tenaga.

Yang tak bolehnya jika anda mengambilnya secara berlebihan. Salah satu punca penyakit jantung adalah pengambilan makanan tinggi kolesterol yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

penjagaan jantung

Sayangi Jantung Anda

Kekal aktif secara fizikal

Anda kena tahu yang bersenam ada pelbagai jenis. Jadi sebelum anda melakukan senaman, anda kena tahu tujuan anda melakukan senaman. Adakah untuk menurunkan berat badan atau untuk lebih cergas?

Untuk kes ini, kita bersenam adalah untuk kekal cergas, lebih sihat, lebih keterampilan, kurang tekanan dan mencegah serta mengawal penyakit.

Sehubungan dengan itu, anda kena lah sentiasa bersenam dan tingkatkan kekerapan melakukan senaman untuk lebih cergas dan aktif. Dan yang paling penting mengikut masa yang sesuai. Disiplin dan usaha sangat penting dalam bersenam. Jangan buat macam hangat-hangat tahi ayam pula.

Tapi bersenam pun kena ada cara yang betul. Jangan main redah je, kalau tak, bukan seronok bersenam yang dapat, tapi sakit yang dapat.

Baca juga info: 4 Cara Untuk Hilangkan Sakit Selepas Bersenam

Pengurusan stress

Jangan terkejut, pengurusan stress yang baik juga penting bagi penjagaan jantung. Tapi macam mana stress berkaitan dengan otak boleh bagi kesan kepada jantung?

Haaa, anda kena tahu yang kesihatan jantung sangatlah berkait rapat dengan pengurusan stress. Hal ini demikian kerana stress sering dikaitkan dengan tekanan darah.

Yes, antara penyumbang terbesar masalah jantung sebenarnya adalah tekanan darah tinggi. Oleh itu, jika anda berasa marah atau tertekan, kesihatan jantung pun boleh terjejas.

Baca info mengenai cara menguruskan stress, mengawal stress dan menjaga kesihatan jantung. – FP

Info berkaitan: Cara Atasi Stres, Tidak Sesukar Yang Anda Sangkakan!Cara mengawal stress – MYHEALTH.

 

Leave a Reply