Back pain atau sakit belakang badan dan leher atau sendi lain adalah masalah biasa dialami rakyat Malaysia, namun bilangan pesakit yang menghidap masalah ini semakin meningkat.
Secara umumnya, kesakitan itu dipercayai berkait rapat dengan cara bekerja dan kedudukan postur badan tidak betul, selain keadaan meja serta kerusi kurang sesuai.
penyakit tulang belakang degeneratif agak biasa dalam kalangan dewasa dan orang tua, selain juga penyebab biasa sakit belakang kronik.
Ini adalah proses tulang menjadi haus, cakera dan sendi tulang belakang yang tidak dapat dipulihkan sekali gus menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.
SAKIT BELAKANG DAN PUNCANYA YANG RAMAI AMBIL MUDAH!!
pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan sakit belakang. Antaranya termasuk:
- Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
- Prolapsed intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
- Scoliosis dan kyphosis tulang
- Kanser tulang belakang
- Osteoporosis (tulang yang lemah)
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
- Penyakit batu karang
- Penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease)
KOMPLIKASI “BACK PAIN” YANG MERISAUKAN
Sakit belakang yang tidak dirawat dengan lebih awal boleh menyumbang kepada komplikasi back pain jangka masa panjang yang serius.
Ada yang beranggapan sakit belakang mungkin tidak berbahaya, tetapi ia sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu hilang fungsi badan yang normal atau dengan kata mudahnya boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh.
Ye ke? Macam tak logik pula kan? Okay sabar! Baca slow-slow. Kenapa dikatakan mampu membuat seseorang itu lumpuh adalah disebabkan penghimpitan saraf tunjang di dalam tulang belakang. Saraf tunjang yang terjejas itu tadi yang menyebabkan kecacatan kekal seperti kaki lumpuh dan kegagalan mengawal pembuangan air kencing dan air besar. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.