fbpx Skip to main content

Masalah sakit tulang tak lain tak bukan mesti selalu dikaitkan dengan orang yang aktif. Apabila aktif dan banyak bergerak mesti tulang kita akan menjadi haus. Lebih-lebih bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 40an

Bagi golongan pertengahan umur dan warga tua, tulang degeneratif dan keadaan sendi adalah perkara biasa. Hal ini demikian kerana tulang yang haus atau kehilangan nutrien yang menyokong kesihatan tulang menyebabkan tulang kita hilang kekuatan

sakit tulang INI YANG ANDA KENA TAHU JIKA MENGALAMI MASALAH SAKIT TULANG.

Sakit tulang boleh terbahagi kepada banyak kategori dan boleh disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah:

1. OSTEOPOROSIS

Haaa apa itu osteoporosis? Korang baca betul-betul dan faham baik-baik ye. Osteoporosis merupakan masalah yang berkaitan hakisan dan kelemahan tulang yang disebabkan oleh faktor usia.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan dalam hormone yang mengakibatkan tulang kehilangan mineral. Atau dengan kata mudahnya kepadatan tulang menjadi semakin rendah.

Menurut kajian lainnya, masalah ini juga disebabkan oleh faktor merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan gaya hiup yang tidak aktif.

Biasanya, mereka yang ada masalah ini lebih cenderung untuk mengalami masalah tulang patah akibat jatuh atau sebarang bentuk kecederaan.

2. OSTEOARTHRITIS

Masalah ini pula melibatkan tulang rawan dan sendi yang semakin menipis dan rosak.

Korang kena tahu, fungsi utama tulang rawan adalah untuk mengurangkan daya hentakan dan tekanan. Sekiranya tulang ini menjadi semakin nipis, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan keradangan dan masalah sakit pada tulang.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, biasa gerakan sendi akan terhalang kerana sendi tisu yang terganggu. Dan gejala utama sering dilihat seperti sakit, hangat dan bengkak. Jadi, jika anda mengalami gejala seperti ini boleh rujuk kepada doktor atau boleh pusat fisioterapi terdekat dengan kawasan anda.

Di samping itu, menurut penelitian penulis, wanita lebih cenderung mengalami masalah ini terutamanya selepas menopaus.

Ini kerana, hormon estrogen yang berfungsi sebagai salah satu agen perubahan fizikal wanita telah terhenti.

Tahap sakit tulang arthritis3. OSTEOKONDROSIS

Penyakit ini biasanya dialami oleh individu yang mempunyai rangka yang tidak matang.

Osteokondrosis berpunca dari pertumbuhan yang tidak normal, kecederaan atau penggunaan plat pertumbuhan dan sekitar pusat osifikasi secara berlebihan.

Secara keseluruhannya, penyakit ini berlaku di kalangan remaja lelaki dan gejala penyakit muncul antara umur 10 hingga 14 tahun.

Baca lebih info: Penyebab sakit tulang

4. TRAUMA (CEDERA)

Masalah ini biasalah, cedera. Siapa je tak pernah cedera kan? Tapi baca lah sikit apa yang kami nak kongsi.

Kecederaan yang sering dialami remaja adalah teregang, terseliuh serta kecederaan ringan yang lain. Remaja biasanya sangat aktif dan cenderung mendapat kecederaan.

CARA CEGAH DAN RAWAT MASALAH SAKIT TULANG

Kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan dan suntikan steroid mampu mencegah masalah ini tetapi keberkesanannya mungkin bersifat sementara dan hanya untuk mengurangkan kesakitan sahaja.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah seperti berkenaan, fisioterapi adalah pilihan yang baik.

Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Sesetengah kumpulan umur lebih mudah terdedah kepada keadaan tertentu.

Golongan remaja lebih mudah cedera kerana mereka lebih aktif dan tulang yang masih lembut. Bagi warga tua, penglihatan yang lemah, kemerosotan kekuatan otot dan penyelarasannya juga merupakan punca yang biasa terjadinya kecerderaan.

konsultasi percuma sakit tulang

Dapatkan konsultasi percuma mengenai masalah sakit tulang anda.

Walaubagaimanapun, senaman secara berkala harus diberi perhatian agar tidak mencederakan tulang yang lemah.

Selain itu, vitamin baik untuk tulang seperti vitamin D, kalsium, dan fosforus yang secukupnya harus diambil melalui pemakanan harian dan makanan tambahan.

Rawatan: Terdapat ubat untuk menghentikan pengurangan mineral dalam tulang, dan ubat-ubatan lain untuk merangsang pembentukan tulang namun demikian, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat daripada doktor.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply