Ada di antara anda yang dah mula membaiki postur badan?
Atau ada yang sudah nampak kesan-kesan positif setelah menyahut cabaran ini? Boleh kongsikan dengan kami ye. Supaya pembaca-pembaca yang lain juga turut tergerak hati melakukan perubahan ini.
Betul ke anda boleh tampil lebih berkeyakinan dengan cara ini? Okay, jom check . . .
Impak Positif Postur Yang Bagus Terhadap Rutin Harian:
Meningkatkan kualiti pernafasan:
Poster yang baik secara semulajadi membolehkan anda bernafas dengan betul. Anda akan mendapati perbezaan yang sangat besar dalam kuantiti udara yang disedut di antara berdiri tegak dengan bongkok. Aktiviti yoga, pilates dan meditasi adalah antara senaman yang sangat mementingkan postur & kedudukan anda.
Meningkatkan tumpuan dan keupayaan berfikir:
Apabila anda bernafas dengan betul, anda juga meningkatkan keupayaan berfikir anda. Ini kerana otak kita memerlukan 20% oksigen untuk melakukan tugasan dengan lebih efektif.
Meningkatkan imej anda:
Orang yang mempunyai postur yang bagus biasanya kelihatan lebih pintar dan lebih menarik. Mereka juga membawa aura tegas & berkeyakinan. Manakala, individu dengan postur lemah sering kelihatan letih & tidak bermaya.
Kesihatan tubuh bermula dari dalam minda:
Pernahkah anda mendengar pepatah “Orang sekeliling melihat kita sebagaimana kita melihat diri sendiri. Jika kita sendiri mempunyai impak negatif terhadap diri kita, masakan orang lain akan memandang kita secara positif?.
Dengan postur yang baik, ia akan membantu anda berasa lebih yakin diri. Cuba duduk dengan postur yang lemah selama 30 saat. Kemudian, betulkan semula postur selama 30 saat juga. Adakah terdapat perbezaan yang anda rasakan?
Mencegah komplikasi kesihatan:
Untuk jangka masa panjang, kurangnya kesedaran untuk menjaga postur akan meningkatkan risiko mendapat slipped disc, sakit belakang melampau, ketidakselesaan dada atau peredaran darah yang lemah. Sebaik-baiknya, kita lakukan pencegahan daripada awal.
Lakukan perubahan dari sekarang. Masih belum terlewat untuk bermula!
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.