Patella adalah istilah perubatan untuk tempurung lutut. Tempurung lutut anda boleh terkeluar daripada kedudukan semula jadinya. Ini dikenali sebagai ‘Patella Dislocation’ ataupun dislokasi tempurung lutut.
Punca berlaku tempurung lutut terkehel
Dislokasi tempurung boleh terjadi :-
-
Akibat trauma
Tempurung lutut anda boleh teralih akibat hentaman atau pulasan yang kuat pada sendi utut.
-
Secara spontan
Tempurung lutut boleh teralih dari kedudukan asalnya tanpa sebarang sebab. Ini biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan kekuatan otot peha (quadricep).
Gejala/Tanda Dislokasi Tempurung Lutut
- Kesakitan di lutut.
- Sendi lutut akan membengkak.
- Tempurung anda sudah berubah kedudukannya.
- Lutut bengkok dan tidak boleh diluruskan.
- Kneecap (patella) mencabut ke luar lutut.
- Kepala lutut boleh bergerak terlalu banyak dari kanan ke kiri (patella hypermobile)
Rehabilitasi
Rawatan fisioterapi kendiri yang boleh anda lakukan adalah :-
1. Rawatan Ais dan Rehat
Anda perlu rehatkan lutut anda daripada semua aktiviti. Demahan ais selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari boleh mengurangkan kesakitan anda. Membalut lutut anda dengan ‘bandage’ serta menyokong lutut anda dengan bantal supaya ditinggikan.
Ini akan membantu dalam mengurangkan kebengkakkan.
Anda juga perlu berjalan menggunakan tongkat supaya kecederaan di lutut anda berpeluang sembuh sepenuhnya.
2. Mengembalikan kestabilan, kekuatan dan fungsi tempurung lutut.
Maka penyembuhan ligamen dan otot-otot perlu dilakukan dengan memasukkan latihan kekuatan dan fleksibiliti dalam program rehabilitasi.
Berdasarkan perubatan, rawatan untuk dislokasi patella pertama kali tanpa pembedahan mempunyai hasil yang memuaskan pada lutut pesakit.
Rawatan tanpa pembedahan secara amnya termasuklah immobilisasi bagi membenarkan bengkak surut dan proses penyembuhan awal dimulakan dengan peningkatan aktiviti dan rehabilitasi.
Tempoh untuk ligamen dan otot-otot yang cedera direhatkan daripada aktiviti dan perlindungan (protection) selalunya adalah 2 minggu selepas mengalami kecederaan.
Manakala tempoh penyembuhan daripada kecederaan dan kembali bersukan pula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Kebiasaannya, pendakap lutut akan diberikan untuk membantu memegang patella/tempurung lutut pada tempatnya sepanjang proses rehabilitasi.
Untuk mengelakkan ketidakstabilan patella berulang tanpa melakukan pembedahan, cara terbaik adalah dengan melakukan latihan kekuatan pada otot-otot kaki bagi menghalang kecederaan berterusan berlaku pada sendi lutut.
Pesakit perlu memakai pelindung lutut (knee guard) ketika melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan pada lutut.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.