fbpx Skip to main content

Sakit belakang boleh terbahagi kepada beberapa jenis dan beberapa punca atau faktor. Tahap kesakitan pula bergantung kepada jenis sakit itu.

Kita jangan pelik kalau sakit belakang yang dianggap sakit biasa boleh jadi makin teruk atau lebih malang lagi jadi KRONIK.

KENAPA DIANGGAP KRONIK

Sakit belakang boleh dianggap teruk atau kronik apabila ianya menganggu aktiviti harian korang dan terdapat komplikasi tertentu pada diri anda seperti lemah atau lumpuh otot-otot kaki.

Tambahan, ia boleh jadi lebih teruk dan menyebabkan anda mengalami kecacatan kekal. (minta Allah jauhkan dari kita semua).

Dalam pada itu, antara komplikasi lain yang boleh saya kongsikan adalah seperti:

  • Kanser yang tidak dapat dikesan
  • Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, dan tidak dirawat, ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Namun begitu, komplikasi berkenaan bergantung kepada sebab dan punca sakit itu. Sebab itu penting untuk anda mengambil langkah awal dengan merujuk mereka yang lebih pakar untuk menjalankan rawatan.

Elak cara duduk ini untuk bebas sakit belakang: Awas Cara Duduk Salah Mengundang Masalah Kesihatan.

sakit belakang

Sesi konsultasi dijalankan Fisioterapis

AMBIL LANGKAH AWAL DAN KENAL PASTI JENIS SAKIT BELAKANG ANDA

Terdapat banyak sebab sakit belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  1. Masalah otot

  • Otot tergeliat
  • Kecederaan sukan sehingga menyebabkan otot terkoyak
  • Otot letih
  1. Tulang

  • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
  • Patah tulang belakang
  • Tulang yang cacat
  • Kanser tulang
  1. Lain-lain

  • Kedudukan badan yang tidak betul
  • Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
  • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
  • Penyakit batu karang
  • Psikologi
  • Berkaitan dengan stress

Baca juga info berkaitan: Tanda-tanda merbahaya! Sakit belakang.

Dapatkan rawatan fisioterapi sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas.

RAWATAN BAGI SAKIT BELAKANG

Masalah ini sebenarnya boleh dirawat dengan beberapa cara berikut. Namun begitu, sekiranya masalah sakit belakang korang berpanjangan dan tiada tanda-tanda untuk sembuh, segera merujuk doktor dan fisioterapis terdekat anda.

  1. Rehat yang cukup

Kekadang kita mengalami sakit belakang kerana tubuh kita sudah penat duduk atau bekerja sepanjang hari.

Penting untuk anda tahu posisi duduk yang betul dan amalkan senaman mudah ketika di pejabat atau tempat kerja.

  1. Regangan pada bahagian belakang

Macam yang kami cakap sebelum ini, regangan penting selepas korang duduk sepanjang hari, tidur atau berada dalam keadaan statik dalam masa yang lama.

Amalkan senaman mudah ini: 10 Cara Merawat Sakit Belakang.

  1. Fisioterapi

Kenapa penting rawatan fisioterapi jika anda mengalami masalah ini?

Ini prinsip yang kita kena pegang, fisioterapi berfungsi untuk pemulihan dan mengembalikan fungsi badan melalui terapi teknikal seperti ketahanan dan kekuatan badan.

  1. Menggunakan ubat sapu

Ubat sapu seperti ubat berangin atau panas dapat melegakan masalah sakit anda.

Bagaimanapun, pastikan ubat sapu yang diambil bersesuaian dengan masalah sakit anda. JANGAN SILAP.

  1. Ubat tahan sakit

Dalam masalah ini, ubat tahan sakit antara cara dalam mengurangkan dan melegakakan masalah sakit korang

Tapi sekiranya ianya berlarutan dan tidak baik-baik. Anda kenalah rujuk mereka yang lebih pakar untuk konsultasi.

  1. Rawat punca sebenar sakit anda

Sila rujuk mereka yang lebih pakar dan berpengalaman bagi merawat masalah anda.

Siapa mereka itu? Sudah pasti doktor atau fisioterapis.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply