Sindrom Guillain Barre atau (GBS) merupakan gangguan neurologi, dengan keadaan sistem imun badan sendiri menyerang sebahagian daripada sistem saraf periferi.
Hal ini kerana, sistem pertahanan badan atau antibodi yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman tersilap menyerang sistem saraf periferi badan.
PERINGKAT AWAL GBS
Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami kebas pada jari kaki yang boleh merebak ke bahagian atas sehingga ke tangan dan jari-jemari.
Lama-kelamaan pesakit mengalami kelemahan otot sehingga boleh menyebabkan kelumpuhan, hilang keupayaan untuk bergerak atau berjalan sendiri.
Malah lebih teruk apabila sukar bernafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga boleh membawa maut.
PUNCA BERLAKU SINDROM GUILLAIN-BARRE
Bagaimanapun, masalah ini masih belum diketahui punca terjadinya. Dan mengikut penelitian penulis, masalah ini berlaku beberapa hari selepas berlaku jangkitan pernafasan dan pencernaan.
Dalam pada itu, sebarang suntikan atau pembedahan juga boleh menjadi menyumbang kepada masalah ini.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Guillain Barre?
Terdapat banyak faktor risiko untuk Sindrom Guillain Barre, antaranya:
- Umur: orang tua mempunyai risiko lebih tinggi terhadap sindrom ini;
- Jantina: lelaki mempunyai risiko lebih tinggi daripada wanita;
- Penyakit pernafasan atau pencernaan lain seperti selsema, penyakit pencernaan dan radang paru-paru;
- HIV / AIDS;
- Jangkitan alat kelamin;
- Mononuklear;
- Lupus erythematosus;
- Penyakit Hodgkins;
- Selepas pembedahan atau suntikan
Jika anda tiada faktor risiko ini, bukanlah bermakna anda tidak mengalami sindrom ini. Faktor risiko ini hanya rujukan. Anda perlu bertanya kepada doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
APAKAH SIMPTOM SINDROM GUILLAIN BARRE?
Gejala sindrom Guillain Barre boleh dilihat melalui
- Hilang refleks dan deria rasa pada tangan dan kak
- Gatal atau kelemahan di tangan dan kaki
- Kesakitan dalam otot
- Tidak dapat bergerak dengan selesa
- Hipotensi
- Kadar degupan jantung tidak normal
- Penglihatan kabur atau penglihatan berganda (melihat 2 imej pada 1 objek);
- Sukar untuk bernafas
- Kesukaran menelan
Gejala-gejala sindrom ini boleh muncul dengan cepat termasuk kelemahan dan kegatalan yang mungkin menyebar ke tangan atau badan.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti di atas, boleh lah rujuk doktor dengan segera.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.