Sebut je puasa, lemau, letih, tak tahan lapar dan dahaga.
Tapi ramadan kan, bulan ibadan dan kita sebagai umat islam, wajib berpuasa.
Try ikuti tips yang kami sediakan kat bawah ni untuk bantu korang tahan lapar dan dahaga masa puasa. Mana tahu menjadi!
-
Amalkan makan kurma masa berbuka puasa dan sahur
Buah kurma kaya dengan serat dan nutrisi sebab buah ini dikeringkan sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakkan buah-buahan segar lain.
Malah, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting serta manfaat lain yang mungkin ramai tak tahu.
Sebab itulah pengambilan kurma ketika berbuka dan sahur mampu memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan anda.
Try la.
-
Kurangkan pengambilan garam
Waktu sahur, elakkan pengambilan makanan yang terlalu masin sebab lauk-pauk yang masin akan membuatkan tubuh anda cepat berasa kering dan dahaga.
Ini disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air yang lebih banyak untuk membasmi rasa masin tu.
Jadi, cuba untuk elak makanan masin OK?
-
Ambil nasi dengan kuantiti yang berpada
Selalunya orang fikir, kalau makan banyak masa sahur, mesti boleh tahan lapar lebih lama. Tidak ye.
Pengambilan nasi terutamanya – haruslah berpada-pada untuk senang dihadam.
Sebab itulah corak pemakanan yang berbeza perlu dipraktikkan ketika berpuasa. Baru boleh tahan lapar dan dahaga selama 12 jam.
-
Elak makanan pedas
Kalau boleh, elakkan makanan berempah dan terlalu pedas sebab ia akan merangsang pengeluaran banyak asid gastrik. Untuk berpuasa selama 12 jam, sangatlah tak sesuai.
Kalau korang jenis yang tak boleh makanan tak pedas, buatlah pengecualian masa sahur. Kalau nak pedas sikit, makan masa berbuka.
-
Banyakkan makan buah-buahan masa sahur
Kalau susah sangat nak minum 8 gelas air putih setiap hari, cuba ambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak.
Contohnya, strawberi dan epal hijau. Atau boleh juga ambil buah-buahan lain sebab setiap buah-buahan yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendiri.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.