Sendi bahu adalah sendi bebola dan soket ataupun sendi lesung. Bahagian pangkal tulang Humerus yang berbentuk bebola, membentuk sendi dengan Glenoid Cavity, ia itu bahagian tepi tulang Skapula (tulang belikat).
Rongga Glenoid Cavity yang cetek ini membolehkan sendi bahu mempunyai julat pergerakan yang besar.
Ciri ini juga menjadi satu kelemahan kestabilan di mana sendi ini berisiko untuk terkehel di sebabkan oleh kecederaan sukan lasak atau jatuh.
Apabila bahagian pangkal tulang Humerus keluar dari kedudukannya yang biasa bahu dikatakan telah terkehel. Jika pangkal tulang Humerus tidak terkeluar sepenuhnya, tetapi separuh sahaja, ia di katakan sebagai subluxation.
Jenis Diskolasi Sendi Bahu
Terdapat dua jenis dislokasi sendi bahu yang utama:
- Dislokasi Anterior: Pangkal tulang Humerus keluar dari lokasinya, kearah Dislokasi ini merupakan kecederan yang paling biasa dan kerap yang di alami
- Dislokasi Posterior: Kepala Humerus bergerak keluar dari lokasinya, kearah belakang.
Apakah sebab-sebab dislokasi sendi bahu?
Dislokasi sendi bahu boleh disebabkan oleh:
- Kecederaan sukan. Dislokasi sendi bahu adalah kecederaan yang biasa berlaku dalam sukan yang lasak seperti bola sepak dan hoki dan juga sukan yang berisiko untuk jatuh seperti sukan ski menuruni bukit, gimnastik dan juga bola tampar.
- Kecederaan yang tiada kaitan dengan sukan. Hentakan yang kuat ke bahu anda semasa dalam kemalangan kenderaan bermotor adalah punca utama dislokasi sendi bahu.
- Jatuh. Jatuh, dari tangga atau akibat kaki tersadung pada permaidani.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala dislokasi sendi bahu?
Dislokasi amat menyakitkan. Apabila pangkal tulang Humerus tertarik keluar dari soket atau rongga glenoid sendi bahu secara paksa, rawan, otot dan tisu-tisu lain akan jadi rengang dan koyak. Tanda tanda am dislokasi sendi bahu ialah:
- Sakit yang teruk pada bahu.
- Pergerakan sendi yang terhad.
- Herotan pada kontur bahu – Pada dislokasi anterior, bahu akan didapati berbentuk tidak normal iaitu segiempat dan bukannya bentuk normal yang landai dan berkontur bulat. Pada dislokasi posterior, bahagian depan bahu mungkin akan kelihatan agak rata.
- Satu bonjolan keras dibawah kulit berhampiran dengan bahu – Bonjolan ini adalah kepala Humerusyang terkeluar dari rongga glenoid sendi bahu.
- Lebam atau calar pada bahu jika kecederaan disebabkan oleh hentakan.
- Seperti kecederaan tulang yang lain, kesakitan mungkin menyebabkan gejala sistemik seperti loya dan muntah-muntah, berpeluh, pening dan lemah.
Apakah kaedah rawatan Fisioterapi untuk dislokasi sendi bahu?
Modaliti untuk mengurangkan sakit.
Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk relaksasi dan mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.
Senaman untuk menguatkan otot-otot bahu
Kestabilan sendi bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot bahu bagi mengelak dislokasi berulang. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan bahu serta memulihkan kefungsian bahu. Rasa sedikit ketidakselesaan atau sengal-sengal apabila melakukan senaman adalah perkara biasa.
Perkara yang perlu dielakkan:
- Tidur dengan meletak tangan di bawah kepala.
- Mengangkat beban berat menggunakan tangan yang sakit.
- Melakukan pergerakan kombinasi putara luar (external rotation) dan abduction yang melampau.
- Tolak dengan tangan yang sakit semasa bangun dari kerusi.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.