fbpx Skip to main content

Semua jemaah haji atau yang akan mengerjakan umrah termasuk kanak-kanak yang dibawa diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa.

Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadat haji/umrah dengan sempurna.

Semoga panduan penjagaan kesihatan ini dapat membantu bakal jemaah/jemaah haji atau umrah dalam menjaga kesihatan mereka sebelum, semasa dalam mengerjakan ibadat haji dan selepas pulang ke tanah air.

TAKE NOTE INI SEBELUM BERGERAK KE TANAH SUCI

Semasa pemeriksaan kesihatan, beritahu doktor mengenai penyakit yang dihadapi terutama yang berisiko tinggi seperti asma, sakit jantung, diabetes (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi) serta ubat-ubatan yang diambil.

Jangan sembunyikan penyakit/masalah kesihatan agar tindakan segera boleh diambil bagi membantu mereka jika jatuh sakit semasa di Tanah Suci. Semua jemaah mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 3 bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

1. Membuat Pemerikasaan Kesihatan

    • mengesan penyakit lebih awal supaya rawatan dapat diberikan bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk semasa di tanah suci
    • memberikan rawatan dan ubat sekiranya bakal jemaah haji menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta lain-lain masalah kesihatan
    • mengesan penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti orang lain
    • kehamilan bagi wanita
    • masalah gangguan mental, nyanyuk (dimensia) dan sebagainya
    • mengesan penyakit bahaya
    • mengesan status kesihatan yang tidak mengizinkan
    1. Pemeriksaan kesihatan yang perlu ialah:
        • Pemeriksaan mental dan fizikal
        • Ujian makmal : Paras hemoglobin, kumpulan darah (A,B,O dan RH Factor dan lain-lain ujian ( jika perlu)
        • ECG, X-ray, ujian stress mengikut umur dan keadaan fizikal (jika perlu)
    2. Pemeriksaan lain yang digalakkan (tidak termasuk dalam pakej pemeriksaan kesihatan)seperti :
      • Mata – mengetahui tahap penglihatan
      • Telinga – mengetahui tahap pendengaran
      • Gigi – masalah pergigian. Semasa di Tanah Suci pasukan perubatan tidak menyediakan rawatan pergigian

2. Mendapatkan suntikan (imunisasi)

  • Suntikan vaksin Anti Meningitis
  • Suntikan pilihan
  • Influenza
  • Pneumococcal 23-valent
  • Hepatitis (A, B, C)
  • Lain-lain vaksin

3. Mempunyai Buku Rekod Rawatan kesihatan

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan semua maklumat kesihatan akan dicatat dalam buku rekod rawatan kesihatan . Buku ini mempunyai makumat kesihatan serta senarai ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut dos atau sukatan yang telah ditentukan. Buku ini hendaklah sentiasa dibawa bersama jemaah haji semasa mendapatkan rawatan perubatan di Tanah Suci.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply