fbpx Skip to main content

Slip disc bukanlah satu perkara yang perlu dipandang remeh. Ia adalah satu cabaran kesihatan yang boleh buat gaya hidup kita berubah.

Siapa sangka slip disc boleh terjadi tanpa kita sedar? Sampaikan nak tunduk semasa berwuduk pun boleh jadi perit, apatah lagi nak rukuk semasa solat. Boleh jadi tak khusyuk disebabkan oleh slip disc ini.

Slip Disc

Mengikut statistik, hampir 70% manusia dewasa akan mengalami sakit belakang dan boleh mengganggu aktiviti harian mereka

Jom terokai 5 sebab terjadinya slip disc!

1. Kerosakan Semulajadi

Penuaan Menyebabkan Slip DiscSeiring dengan peningkatan usia, cakera tulang belakang secara semulajadi akan menjadi haus dan lusuh. Cakera ini terdiri daripada bahagian lembut yang dilindungi oleh lapisan luar yang lebih keras. Lama-kelamaan, lapisan luar cakera menjadi lemah dan kurang anjal, menjadikannya lebih mudah untuk pecah atau tergelincir. Proses penuaan ini sering menjadi penyebab utama slip disc, terutamanya dalam kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.

2. Trauma Kecederaan

Slip Disc Akibat Trauma KecederaanKecederaan serius, seperti kemalangan kereta atau jatuh dari tempat tinggi, boleh menyebabkan tekanan besar pada tulang belakang dan cakera. Trauma ini boleh memaksa cakera keluar dari kedudukan asalnya, mencetuskan masalah ini. Walaupun kecederaan kecil mungkin tidak menunjukkan kesan serta-merta, kesan kumulatif dari kecederaan ringan juga boleh menyumbang kepada masalah ini dari masa ke masa.

3. Salah Postur Boleh Menyebabkan Slip Disc!

Duduk, berdiri, atau mengangkat barang berat dengan postur yang salah dalam jangka masa panjang boleh memberi tekanan tambahan kepada tulang belakang dan cakera. Apabila tekanan ini berlanjutan, ia boleh menyebabkan cakera menjadi lemah dan mudah tergelincir. Faktor pekerjaan yang melibatkan posisi duduk terlalu lama, terutamanya dengan postur yang tidak betul, seperti membongkok atau terlalu melentur ke hadapan, sering dikaitkan dengan masalah slip disc.

4. Masalah Obesiti

Berat badan berlebihan menambah beban kepada tulang belakang. Cakera perlu menampung berat tambahan ini, yang boleh meningkatkan risiko slip disc. Obesiti juga boleh memburukkan keadaan jika seseorang itu sudah mengalami masalah belakang, kerana tekanan tambahan ini mempercepatkan proses kerosakan cakera.

5. Gaya Hidup Tidak Sihat

Kurang bersenam, terutamanya senaman yang menguatkan otot teras, boleh menyebabkan kelemahan otot-otot yang menyokong tulang belakang. Ditambah dengan faktor-faktor lain seperti merokok dan kurang rehat yang berkualiti, ia akan mempercepatkan kerosakan cakera serta mengurangkan kemampuan badan untuk sembuh daripada kecederaan atau tekanan pada tulang belakang.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain slip disc, Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak