Setiap tahun, bertarikh 29 Oktober, World Stroke Day disambut untuk memberikan kesedaran mengenai ancaman stroke yang boleh menimpa sesiapa sahaja, termasuk golongan muda.
Saban tahun, lebih 50,000 kes dilaporkan di Malaysia berkaitan stroke dan jumlah ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Lebih menyeramkan, masyarakat dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun merupakan kumpulan yang semakin meningkat risikonya.
Berikut merupakan punca stroke menyerang golongan muda!
1. Pemakanan Tidak Sihat
Makanan tinggi lemak, garam, dan gula boleh meningkatkan kolesterol dan tekanan darah, dua faktor utama yang berkait rapat dengan stroke. Dalam kalangan generasi muda, amalan pemakanan tidak sihat, termasuk pengambilan makanan segera dan minuman manis yang berlebihan, menjadi satu kebiasaan yang menambah risiko masalah ini pada usia muda.
2. Stress Melampau Boleh Menyebabkan Stroke!
Stress melampau dalam jangka masa panjang boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. Apabila badan sentiasa dalam keadaan tertekan, hormon stress seperti kortisol akan dihasilkan dengan lebih banyak. Hormon ini boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan darah, yang boleh menyebabkan stroke. Dalam dunia moden, tekanan kerja, kewangan, dan kehidupan sosial menambah beban stress yang sering tidak disedari oleh golongan muda.
3. Salahguna Dadah
Penggunaan dadah seperti kokain, amfetamin, dan dadah sintetik lain memberikan kesan yang besar kepada sistem saraf dan saluran darah. Dadah-dadah ini meningkatkan tekanan darah dengan drastik, yang boleh menyebabkan saluran darah pecah atau tersumbat. Salahguna dadah kini menjadi masalah global yang semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan generasi muda.
4. Trauma Pada Kepala dan Leher
Kecederaan pada kepala atau leher boleh menimbulkan risiko stroke yang serius. Trauma yang kuat boleh mencederakan saluran darah di otak atau bahagian leher, menyebabkan aliran darah terganggu atau berlaku pembentukan bekuan darah. Hentakan atau kecederaan seperti ini boleh terjadi semasa kemalangan, bersukan, atau aktiviti fizikal lain yang berisiko.
5. Masalah Genetik
Selain faktor gaya hidup, genetik juga boleh jadi punca untuk risiko stroke. Sekiranya seseorang mempunyai sejarah keluarga dengan stroke, diabetes, atau tekanan darah tinggi, mereka mungkin lebih cenderung untuk berdepan risiko serangan stroke, meskipun di usia muda. Faktor genetik ini mempengaruhi kekuatan saluran darah dan kecenderungan terhadap masalah kesihatan tertentu yang berkait rapat dengan masalah ini.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain stroke, Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Slip Disc/Sakit Belakang
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak