Ramai yang anggap golongan pekerja yang sudah berusia je berisiko alami sakit tumit ni, tapi sebenarnya golongan muda pun tak terkecuali.
Dianggarkan hampir 300,000 orang rakyat Malaysia yang alami masalah ini! Jadi, jangan anggap sakit tumit ni masalah orang berusia sahaja, yang muda pun kena hati-hati!

Sakit tumit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya pekerja yang selalu berdiri lama.
Jom kita rungkai, 5 cara elak sakit tumit semasa bekerja!
1. Pakai Kasut Yang Sesuai
Memilih kasut yang cantik bukan satu masalah, tapi keutamaan memilih kasut yang selesa adalah penting. Akibat daripada memilih kasut yang salah seperti kasut terlalu sempit atau tinggi boleh menyebabkan ketegangan pada tumit semasa berjalan kerana kasut tidak dapat memberi sokongan yang cukup semasa berjalan.
2. Gunakan Sokongan Tambahan Untuk Elak Sakit Tumit
Selain itu, penggunaan sokongan tambahan pada kasut seperti insole dapat memberikan sokongan lebih pada tumit dan mengurangkan beban yang diterima setiap kali berjalan. Jika tumit kurang mendapat sokongan, kaki boleh berasa tidak stabil dan boleh mendatangkan rasa tidak selesa semasa bekerja.
3. Lakukan Regangan Kaki Dan Tumit
Melakukan regangan kaki dan tumit juga penting, kerana ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada tumit. Sekiranya regangan ini dilakukan sebelum dan selepas bekerja secara konsisten, ia dapat membantu otot kaki lebih bersedia untuk bekerja dan pulih dengan baik selepas seharian berjalan jauuh dan berdiri.
4. Rehat Dan Ubah Posisi Secara Berkala Untuk Cegah Sakit Tumit
Cara yang paling mudah adalah banyakkan berehat. Jika berdiri terlalu lama tanpa rehat terutamanya pekerja retail, ia dapat menyekat peredaran darah ke otot dan tisu kaki serta menyebabkan tekanan yang terjadi pada tumit berlaku secara berterusan. Apabila kaki yang keletihan diberikan peluang untuk berehat, tekanan yang terjadi pada tumit dapat dilegakan dan dikurangkan.
5. Gunakan Pad Atau Karpet Lembut Di Tempat Berdiri
Jenis permukaan yang dipijak juga memainkan peranan untuk cegah rasa sakit pada tumit, Apabila beridiri di atas permukaan lembut seperti karpet lembut dan juga pad, ia dapat meringankan beban pada tumit. Hal ini kerana, permukaan yang lembut dapat menyerap hentakan dan tekanan tumit semasa berdiri lama. Jadi elakkan berdiri lama di atas permukaan yang keras kerana ia boleh menambahkan lagi risiko sakit tumit.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain sakit tumit, Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc/Sakit Belakang
- Sakit Kaki/Lutut
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-Kanak