fbpx Skip to main content

Syarat kemampuan untuk bakal haji yang paling utama adalah kesihatan yang baik kerana sekiranya tidak menjaga kesihatan sebelum berangkat ke tanah suci, mungkin akan menjejaskan ibadah mereka di sana. Mungkin mereka akan mengah dan letih sepanjang perjalanan, ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas di sana.

Jadi, untuk bakal haji, persiapkan lah kesihatan tubuh badan secepat mungkin. Sebelum itu, mari kita fahami punca letih dan mengah semasa haji supaya dapat dicegah dari awal.

Haji melibatkan perjalanan yang panjang dan boleh memenatkan. Tanpa kesihatan yang baik, ia boleh menjadi sangat mencabar.

Ini dia punca yang sering buatkan tubuh rasa letih dan mengah semasa ibadah haji!

1.Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Pemakanan tak sihat punca rasa mengah

Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh mempengaruhi kekuatan tubuh kerana nutrisi dalam tubuh tidak seimbang. Kekurangan protein, karbohidrat dan vitamin menyebabkan kemampuan untuk fokus berkurang dan otot tidak boleh menerima oksigen. Secara tidak langsung, membuat tubuh kita merasa cepat penat seharian.

2. Kurang Latihan Fizikal Sebelum Haji

kurang latihan fizikal sebelum haji penyebab rasa mengah

Kurangnya latihan fizikal boleh menyebabkan badan tidak terbiasa dengan aktiviti yang berat seperti berjalan jauh kerana badan memerlukan masa untuk sesuai dengan aktiviti yang perlukan tenaga yang tinggi. Tanpa persiapan yang betul seperti bersenam, boleh menyebabkan otot jadi kaku dan sendi menjadi tidak kuat untuk tanggung tekanan.

3. Ketahanan Otot yang Lemah Boleh Menyebabkan Rasa Mengah

Otot lemah terjadi kerana otot tidak dilatih untuk melakukan pergerakan yang berulang. Sebab itu lah, otot cepat kehabisan tenaga apabila melakukan pergerakan yang berulang, bahkan boleh menyebabkan ketegangan dan ketidakselesaan pada otot serta meningkatkan risiko kecederaan jika diteruskan tanpa rehat.

4. Perubahan Suhu Dan Iklim Punca Rasa Mengah Semasa Haji

Perubahan suhu yang terlalu panas dan kering di Mekah boleh menyebabkan badan dehidrasi kerana tubuh akan keluarkan peluh yang berlebihan dan kehilangan banyak cecair dalam badan. Kekurangan cecair inilah yang menyebabkan badan rasa letih, lesu, pening kepala dan gangguan dalam sistem peredaran darah.

 

5. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan boleh menyebabkan rasa mengah

Terdapat beberapa ubat yang boleh mengawal tenaga dan fungsi otak sehingga buatkan kita rasa penat. Contohnya, ubat yang fungsinya untuk turunkan tekanan darah boleh buat kita rasa pening atau mengah kerana aliran darah ke otak berkurang kesan daripada ubat tadi.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Kecederaan SDukan
  • Rawatan Kanak-Kanak