Risiko sakit sendi kepada bakal haji boleh terjadi disebabkan terlalu banyak berjalan.
Ia berlaku kerana lutut, pinggul, dan pergelangan kaki telah menerima tekanan yang banyak. Tapi jangan risau, ada cara untuk mencegahnya!

Dapat menunaikan haji adalah impian untuk semua umat Islam. Tapi perjalanan haji yang banyak menggunakan sendi dan otot kadang kala boleh menyebabkan sakit sendi secara tiba-tiba.
Ketahui Cara Cegah Sakit Sendi Semasa Menunaikan Haji:
1. Melakukan Senaman Ringan Sebelum Haji
Senaman ringan seperti regangan dan latihan mobiliti dapat meningkatkan fleksibiliti sendi kerana ia dapat melonggarkan otot dalam sendi yang berfungsi sebagai pelincir semula jadi pada otot supaya dapat mengurangkan geseran antara tulang. Apabila pergerakan menjadi lebih lancar, risiko untuk mengalami kekejangan atau ketegangan otot berkurang. Terutama semasa berjalan jauh atau berdiri lama seperti dalam ibadah haji.
2. Menggunakan Kasut Yang Selesa Dan Sesuai
Kasut yang keras tidak boleh memberi sokongan pada kaki, terutamanya pada bahagian tapak dan tumit kaki, kerana kasut keras boleh menyebabkan hentakan kuat setiap kali melangkah. Jadi kaki akan rasa cepat letih dan memberi kesan kepada keseimbangan dan pergerakan kita semasa berjalan.
3. Kawal Berat Badan Dapat Atasi Sakit Sendi
Berat badan yang stabil, dapat mengurangkan tekanan berlebihan pada lutut dan pinggul ketika berjalan jauh atau berdiri lama kerana setiap kilogram berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan pada sendi lutut sehingga 3 hingga 4 kali ganda, menyebabkan haus pada tulang rawan lebih cepat. Jadi, dengan mengekalkan berat badan yang sihat, membolehkan jemaah menunaikan selesa tanpa alami ketidakselesaan atau kecederaan sendi.
4. Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Berkala
Dengan membiasakan diri dengan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki sebelum haji secara konsisten, tubuh akan lebih bersedia untuk perjalanan jauh dan mengelakkan risiko keletihan otot dan tekanan berlebihan pada sendi kerana apabila otot di sekitar sendi, terutamanya di bahagian lutut dan pergelangan kaki, menjadi lebih kuat, mereka dapat menyerap lebih banyak hentakan semasa berjalan, sekali gus mengurangkan beban yang ditanggung oleh sendi.
5. Banyakkan Pengambilan Nutrisi Mampu Mencegah Sendi Daripada Sakit
Pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D penting untuk menjaga kekuatan tulang dan kesihatan sendi. Jadi tiada masalah untuk jemaah haji berjalan jauh tanpa rasa sakit.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia
Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Slip Disc/Sakit Belakang
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-Kanak